Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487823
Title: Pembinaan dan keberkesanan modul berasaskan inkuiri dalam meningkatkan literasi sains guru praperkhidmatan
Authors: Misbahul Jannah ( P61652)
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Sains
Literasi
Modul
Inkuiri
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 3-Apr-2016
Description: Kajian ini dijalankan bagi membina modul berasaskan inkuiri (MBI) dan mengkaji keberkesanan MBI dalam meningkatkan literasi sains (pengetahuan konsep, kemahiran proses sains dan sikap saintifik) guru praperkhidmatan. Kajian ini melibatkan pembinaan dua modul iaitu modul inkuiri terbuka dan modul inkuiri terbimbing. Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk kumpulan kawalan tidak setara ini melibatkan seramai 204 orang guru praperkhidmatan sains Fakulti Tarbiyah dan Keguruan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia. Seramai 68 orang guru praperkhidmatan sains dalam kumpulan rawatan inkuiri terbuka, 67 orang dalam kumpulan rawatan inkuiri terbimbing dan 69 orang dalam kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini ialah ujian pengetahuan konsep, ujian kemahiran proses sains dan soal selidik sikap saintifik. Ujian pengetahuan konsep dibina mengikut tahap kognitif Taksonomi Bloom. Kemahiran proses sains yang dibina mengikut enam subkemahiran dan sikap saintifik juga dibina mengikut enam sub sikap. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Analisis statistik inferensi yang terlibat adalah ujian t, ANOVA satu hala, ANOVA dua hala, MANOVA dan MANOVA faktorial 3x2. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan konsep, kemahiran proses sains dan sikap saintifik guru praperkhidmatan mengikut kumpulan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan konsep, kemahiran proses dan sikap saintifik guru praperkhidmatan antara kumpulan berdasarkan jantina dan aliran pengajian. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian pasca sub kemahiran proses sains dan skor min ujian pasca sub sikap saintifik berdasarkan aliran pengajian dan kumpulan. Dapatan ini menunjukkan bahawa modul inkuiri terbuka mampu meningkatkan ketiga-tiga elemen literasi sains guru praperkhidmatan. Manakala modul inkuiri terbimbing hanya mampu meningkatkan kemahiran proses sains dan sikap saintifik. Implikasi daripada kajian ini membawa kepada cadangan pemantapan literasi sains guru praperkhidmatan dengan menggunakan inkuiri terbuka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 365
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96768+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
522.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.