Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487810
Title: Amalan pembelajaran murid dan penguasaan tilawah al-Qur'an dalam kalangan murid masalah penglihatan di sekolah menengah
Authors: Hajarul Bahti Zakaria (P47264)
Supervisor: Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Tilawah al-Quran
Tajwid
Penglihatan
Sikap
Pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Dec-2016
Description: Kajian ini bermatlamat mengkaji hubungan antara amalan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan sikap dengan penguasaan tilawah al-Qur'an murid masalah penglihatan, serta melihat hubungan pengetahuan tajwid dengan pencapaian tilawah al-Qur'an murid. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penguasaan tilawah al-Qur'an murid berdasarkan kategori masalah penglihatan, pengalaman khatam al-Qur'an dan pengalaman pernah tinggal di asrama sewaktu sekolah rendah. Kajian dilakukan di sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan enam sekolah menengah Program Pendidikan Khas Integrasi (masalah penglihatan). Kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan soal selidik, ujian tilawah al-Qur'an dan ujian tajwid. Seramai 97 orang murid masalah penglihatan dari seluruh Malaysia telah menjadi responden kajian ini. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan inferensi (Korelasi Pearson dan Ujian-t). Hasil kajian mendapati amalan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan sikap murid berada pada tahap rendah. Pencapaian tilawah al-Qur'an serta pengetahuan tajwid murid masalah penglihatan juga berada pada tahap rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan antara amalan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan sikap murid dengan penguasaan tilawah al-Qur'an murid. Juga terdapat hubungan antara pengetahuan tajwid dengan pencapaian tilawah al-Qur'an murid masalah penglihatan. Manakala analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan antara tahap pencapaian tilawah al-Qur'an dengan tahap pengetahuan tajwid antara murid buta dengan murid rabun, antara murid yang telah khatam al-Qur'an dengan murid yang belum khatam al-Qur'an dan antara murid yang mempunyai pengalaman pernah tinggal di asrama semasa sekolah rendah dengan yang tidak pernah ada pengalaman itu. Kajian ini juga diperkaya dengan data temu bual yang melibatkan 3 orang guru sebagai peserta kajian serta 4 orang murid cemerlang dan 4 orang murid lemah pencapaian mereka. Dapatan data kualitatif mendapati terdapat keselarasan dengan dapatan data kualitatif dalam beberapa aspek. Ini menunjukkan perlunya penambahbaikan pendekatan pengajaran tajwid; sikap dan amalan pembelajaran murid; dan penyediaan persekitaran yang kondusif dalam pembelajaran tilawah al-Qur'an. Hasil kajian juga telah mencadangkan satu garis panduan dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Qur'an untuk murid masalah penglihatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 441
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96756+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
781.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.