Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487786
Title: Workplace learning as a determinant of competence development and job satisfaction among employees of small to midsized tourism
Authors: Shamuni Kunjiapu (P38909)
Supervisor: Ruhizan Mohamad Yasin, Prof. Dr.
Keywords: Experiential learning
Active learning
Issue Date: 9-Feb-2015
Description: Lack of competence and innovative ability among employees hamper the competitiveness of an organization regardless of its size. The much needed human capital can be developed through workplace learning. Human capital development through workplace learning has been explored in the past with many studies focusing on managerial level employees or in different industries. This study explores workplace learning among employees of small to midsized tourism related enterprises. It looks at types of learning, factors that encourage it, competencies that are developed through it and job satisfaction as the outcome of participating in workplace learning. Quantitative investigation is the main method of this study. A descriptive cross sectional survey was used for this purpose. Samples were obtained from small to midsized tourism enterprises located within Kuala Lumpur and Selangor area using stratified random sampling. Self-administered questionnaires were used to collect the needed data. Data obtained was then analyzed using frequency checking, mean comparisons, cross tabulations as well as correlation and regression tests. To add depth to the study, qualitative exploration was undertaken for the main research questions. Purposive sampling was used to obtain the samples and semi-structured interview used to obtain data. Theoretical analysis was then used to decipher the qualitative data obtained. Results from both the quantitative and qualitative approaches were then compared to seek similarity. Findings from both approaches revealed that informal learning is the foremost learning type and the main factor that encourages workplace learning is the organizational culture. Findings also showed that soft competencies are the far most important competence developed in this context and that there is a significant relationship between workplace learning, competence developed and job satisfaction. Further exploration confirmed the partial moderation effect of workplace learning on both competences developed and job satisfaction. This study establishes the importance of small to midsized tourism enterprise as a learning organization. Besides that it also urges organizations to rethink their work culture in order to encourage workplace learning and authorities to redesign trainings for small to midsized organizations.,Ph.D,Kekurangan kecekapan dan keupayaan inovatif dalam kalangan pekerja menjejaskan daya saing sesebuah organisasi tanpa mengira saiznya. Modal insan yang amat diperlukan boleh dibangunkan melalui pembelajaran di tempat kerja. Pembangunan modal insan melalui pembelajaran di tempat kerja yang diterokai dalam kajian-kajian yang lepas banyak tertumpu kepada pekerja di peringkat pengurusan ataupun industri yang berlainan. Kajian ini melihat pembelajaran di tempat kerja dalam kalangan pekerja perusahaan kecil dan sederhana dari sektor pelancongan. Ia mengkaji jenis pembelajaran, faktor-faktor penggalak, kemahiran yang di perolehi dan kepuasan kerja sebagai hasil pembelajaran di tempat kerja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah utama di mana satu kajian keratan rentas menggunakan borang soal-selidik ditadbir sendiri telah digunakan. Sampel diperolehi dari perusahaan kecil dan sederhana dari sektor pelancongan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunapakai untuk memilih sampel dan data yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan semakan kekerapan, perbandingan min, penjadualan bersilang (cross-tabulation) serta ujian korelasi dan regresi. Penerokaan kualitatif telah digunakan secara terhad untuk menambahkan dimensi dapatan kajian bagi soalan-soalan kajian utama. Persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih sampel dan kaedah temubual separa berstruktur telah digunakan untuk memperoleh data. Analisis teoretikal (theoratical analysis) telah digunakan untuk mentafsirkan data. Dapatan kajian dari kedua-dua kaedah ini kemudiannya dibandingkan untuk mencari persamaan. Hasil perbandingan dapatan kedua-dua pendekatan mendedahkan bahawa pembelajaran tidak formal adalah jenis pembelajaran yang terutama dan budaya organisasi adalah faktor penggalak yang penting. Hasil kajian juga mendedahkan bahawa kemahiran insaniah (soft-competencies) adalah jauh lebih penting dalam konteks ini dan juga adanya hubungan yang signifikan antara pembelajaran di tempat kerja, pembangunan kemahiran dan kepuasan kerja. Penerokaan lanjut mengesahkan kesan penyerderhaan separa (partial moderation) di antara pembelajaran ditempat kerja terhadap kepuasan kerja dan juga kemahiran yang dibangunkan. Kajian ini menunjukkan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana dari sektor pelancongan sebagai organisasi belajar (learning organization). Selain itu, kajian ini juga menggesa organisasi untuk memikirkan semula budaya kerja bagi menggalakkan pembelajaran di tempat kerja dan pihak berkuasa untuk merekabentuk latihan yang lebih sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana.
Pages: 302
Call Number: LB1027.23.S533 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83067+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.