Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487775
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSaemah Rahman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorZakri Abdullah (P56710)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:28Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:28Z-
dc.date.issued2014-12-11-
dc.identifier.otherukmvital:80988-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487775-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan terhadap tingkah laku pelajar tidak bermasalah disiplin (PTBD) dan pelajar bermasalah disiplin (PBD). Meta-tingkah laku merujuk kepada proses-proses pemikiran yang terlibat dalam menghasilkan tingkah laku seseorang. Sampel kajian bagi fasa pertama terdiri daripada 803 orang pelajar sekolah menengah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam fasa kedua, seramai lapan orang peserta kajian telah dipilih berdasarkan ciri-ciri tertentu. Pengumpulan data kajian ini telah dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan prosedur pengumpulan data dengan menggunakan tiga instrumen soal selidik iaitu Penilaian Meta-Tingkah Laku Pelajar (PMTP), Penilaian Kendiri Tingkah Laku Pelajar (PKTP) dan adaptasi Assessing Decision-Making Skills (ADMS). Fasa kedua pula melibatkan prosedur pengumpulan data dengan menggunakan protokol temu bual individu. Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif, Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), korelasi Pearson Product Moment dan analisis regresi berganda (standard). Data temu bual pula telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kombinasi kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan antara pelajar kategori PTBD dan PBD dengan nilai ŋ² yang besar. Hasil ujian analisis regresi berganda mendapati kombinasi faktor kemahiran metapengetahuan tingkah laku, kemahiran strategi meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan menyumbang sebanyak 12.5% terhadap varians dalam tingkah laku disiplin pelajar kategori PTBD dan 6.9% varians dalam tingkah laku disiplin pelajar kategori PBD. Dalam kajian ini, data berbentuk kualitatif telah digunakan untuk menerangkan lebih lanjut data kajian berbentuk kuantitatif. Bersumberkan dapatan kajian ini, telah dibina model interaksi minda meta-tingkah laku dan model pengajaran meta-tingkah laku yang boleh digunakan dalam pembinaan modul pembangunan diri pelajar.,This study aims to identify the contribution of meta-behavioral skills and decision making skills among students without disciplinary behavior (SWODB) and students with disciplinary behavior (SWDB). Meta-behavior refers to the thought processes involved in producing one's behavior. In the phase one, the sample consisted of 803 secondary school students from Form 1, Form 2, Form 3, Form 4 and Form 5 in Malaysian education system. In the second phase, a total of eight participants were selected based on specific characteristics. Data collection was conducted in two phases. The first phase involved data collection procedures using three questionnaire, namely, Student Assessment of Meta-Behavior, Self-Assessment of Student Behavior and Assessing Decision-Making Skills-adapted version (ADMS). The second phase involved data collection procedures using individual interview protocol. The data from the questionnaire was analyzed using descriptive statistics, Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), the Pearson Product Moment correlation and also multiple regression analysis. The data from interviews were analyzed using thematic analysis. The results showed that there was a significant difference in combination of metabehavioral skills and decision-making skills between SWODB and SWDB with a large ŋ² value. The result of the multiple regression analysis revealed a combination of meta-behavioral strategy skills, meta-knowledge of behavioral skills and decisionmaking skills contributed 12.5% variance in disciplinary behavior for students without disciplinary behavior (SWODB) and 6.9% for students with disciplinary behavior (SWDB). In this study, qualitative data were used to further explain the result of findings. Based on the findings of this study, meta-behavioral interactive models and meta-behavioral teaching models have been constructed that can be used in the development of student's self-development modules.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKemahiran meta-tingkah laku-
dc.subjectKemahiran membuat keputusan-
dc.subjectKemahiran metapengetahuan tingkah laku-
dc.subjectBehaviour modification-
dc.titleKemahiran meta-tingkah laku, kemahiran membuat keputusan dan tingkah laku disiplin pelajar-
dc.typeTheses-
dc.format.pages439-
dc.identifier.callnoLB1060.2.Z337 2014 tesis-
dc.identifier.barcode001305-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80988+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.