Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487744
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasnah Toran, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorHanani Harun Rasit (P53857)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:14Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:14Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76237
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487744-
dc.descriptionPerkhidmatan bimbingan kaunseling (BK) diperlukan oleh pelajar bermasalah pembelajaran (PMP) kerana pelbagai isu yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui status pelaksanaan perkhidmatan BK kepada PMP, bagaimana perkhidmatan BK dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling (GBK) kepada PMP, dorongan dan kekangan kepada pelaksanaan perkhidmatan, dan kompetensi teras yang perlu dimiliki oleh GBK. Pendekatan gabungan penerokaan berurutan digunakan di mana kajian tinjauan dijalankan dahulu dengan diikuti oleh kajian kes. Kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik melibatkan populasi GBK di Zon Tengah seramai 173 orang. Data soal selidik dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Kajian tinjauan mendapati bahawa pelaksanaan perkhidmatan BK kepada PMP adalah pada tahap sederhana rendah. Kajian juga mendapati bahawa GBK yang mempunyai pengalaman dengan OKU, yang mengikuti kursus praperkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan tentang PMP dan yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan tentang perkhidmatan BK untuk PMP lebih tinggi tahap pelaksanaan perkhidmatan mereka berbanding GBK yang tidak mempunyai pengalaman dan tidak mengikuti kursus. Kajian kes pula melibatkan 23 orang peserta kajian yang terdiri daripada GBK, guru pendidikan khas (GPK) dan ibu bapa. Data dikumpulkan menggunakan temu bual dan analisis dokumen dan dianalisis menggunakan teknik analisis perbandingan secara tetap. Dapatan kajian kes menunjukkan bahawa perkhidmatan BK kepada PMP dilaksanakan menggunakan perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penilaian yang disediakan untuk pelajar tipikal. Perkhidmatan BK khusus untuk PMP berdasarkan analisis keperluan PMP tidak dilaksanakan oleh GBK. Aktiviti BK yang khusus untuk PMP dijalankan secara adhoc apabila terdapat permintaan atau rujukan GPK. Tiga tema utama ditemui bagi dorongan kepada perkhidmatan dan kekangan kepada perkhidmatan menemukan lapan tema. Kajian juga mendapati bahawa kompetensi yang perlu dimiliki oleh GBK terdiri daripada enam tema bagi aspek sikap; lima tema bagi pengetahuan; dan enam tema bagi kemahiran.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan khas integrasi
dc.subjectBimbingan dan kaunseling
dc.subjectEducational counseling
dc.titlePerkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar bermasalah pembelajaran di program pendidikan khas integrasi
dc.typeTheses
dc.format.pages413
dc.identifier.callnoLB1027.5 H327 2014
dc.identifier.barcode000873
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76237+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.