Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487734
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Abdul Halim Abdullah (P47709) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:10Z | - |
dc.date.issued | 2013-6-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75029 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487734 | - |
dc.description | Selaras dengan kepentingan geometri dalam kehidupan seharian, proses pengajaran dan pembelajaran topik geometri seharusnya dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan aktiviti-aktiviti berdasarkan fasa-fasa pembelajaran geometri Van Hiele dengan perlaksanaan strategi pembelajaran pembentukan konjektur menggunakan perisian Geometer's Sketchpad (GSP). Aktiviti-aktiviti yang telah dibangunkan kemudiannya diorganisasikan ke dalam kit pembelajaran yang dinamakan Geo-V. Model ADDIE dijadikan rujukan dalam membangunkan aktiviti serta kit pembelajaran tersebut. Aktiviti-aktiviti yang telah dibangunkan kemudiannya diuji terhadap pencapaian geometri pelajar, tahap pemikiran geometri pelajar serta sikap pelajar terhadap geometri. Rekabentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Kajian dilaksanakan selama enam minggu di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan dan melibatkan seramai 94 orang pelajar serta 2 orang guru. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 47 orang berada dalam kumpulan kawalan dan 47 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Ujian Pencapaian (UP), Ujian Geometri Van Hiele (UGVH) serta Soal Selidik Sikap Terhadap Geometri (SSSTG) diberikan kepada kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas rawatan. Lima orang pelajar dari setiap kumpulan dipilih secara rawak untuk mengenalpasti tahap awal dan tahap akhir pemikiran geometri mereka secara lebih mendalam. MANOVA dan Wilcoxon-t dijalankan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek pencapaian geometri pelajar berdasarkan kumpulan dan jantina. Bagaimanapun, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek sikap pelajar terhadap geometri berdasarkan kumpulan dan jantina. Kajian juga mendapati tidak terdapat kesan interaksi antara kumpulan dan jantina dari aspek pencapaian dan sikap pelajar terhadap geometri. Analisis ujian Wilcoxon-t menunjukkan kedua-dua kumpulan menunjukkan perbezaan yang siginifikan antara tahap pemikiran awal dan akhir geometri mereka. Bagaimanapun tahap pemikiran akhir pelajar dalam kedua-dua kumpulan berbeza secara signifikan. Oleh yang demikian, perlaksanaan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepada fasa-fasa pembelajaran geometri Van Hiele boleh dijadikan rujukan dalam mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran geometri di dalam bilik darjah.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Geometer's Sketchpad | - |
dc.subject | Geometri Van Hiele | - |
dc.subject | Geometry -- Study and teaching | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan dan keberkesanan fasa pembelajaran geometri Van Hiele gengan strategi pembelajaran pembentukan konjektur dalam persekitaran perisian Geometer's Sketchpadg | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 554 | - |
dc.identifier.callno | QA462.A239 2013 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 000207 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75029+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.