Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487723
Title: Kaedah pengajaran kontekstual Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran
Authors: Safani Bari (P24188)
Supervisor: Kamisah Osman, Profesor Madya Dr.
Keywords: Pengajaran kontekstual Bahasa Melayu
Pengajaran Bahasa Melayu
Pengajaran Bahasa untuk murid-murid bermasalah pendengaran
Malay language--Study and teaching--Malaysia
Issue Date: 29-Feb-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran kontekstual dalam pengajaran kefahaman perkataan, frasa, menyusun perkataan dan cerita pendek bahasa Melayu kepada murid-murid bermasalah pendengaran Tingkatan Satu. Kajian pra dan pasca kuasi-eksperimen ini melihat perbandingan pencapaian di antara dua kumpulan murid bermasalah pendengaran. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan eksperimen diajar menggunakan kaedah kontekstual dan kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah tradisional. Jumlah subjek adalah 120 orang murid bermasalah pendengaran dari lapan buah sekolah di Semenanjung Malaysia. Terdapat 60 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 60 orang murid kumpulan kawalan. Data keseluruhan aspek kemahiran dianalisis menggunakan GLM Repeated Measures ANOVA satu hala, dan GLM Univariate ANCOVA dan Ujian t berpasangan. ANOVA satu hala turut digunakan. Analisis dapatan menunjukkan pencapaian keseluruhan kumpulan eksperimen bagi keempat-empat aspek kemahiran bahasa yang dinilai menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding kumpulan kawalan iaitu kefahaman perkataan (F=1183.8, sig = .000<.05) dengan nilai tambah (F=698.23, sig=.000<.05), kefahaman frasa (F=2407.9, sig=.000<.05) dengan nilai tambah (F=1378.9, sig =.000<.05), kemahiran menyusun perkataan (F=47.626, sig=.000<.05) dengan nilai tambah (F=47.514, sig=.000<.05) dan kefahaman cerita pendek (F=2360.6, sig=.000<.05) dengan nilai tambah (F=388.84, sig = .000<.05). Analisis dapatan hasil temubual guru dan murid menunjukkan lima faktor penghalang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid bermasalah pendengaran: maksud isyarat dan perkataan tidak difahami; bahan bacaan, kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai; isyarat dan perkataan tidak dihubungkan serta kaedah peperiksaan yang tidak sesuai. Justeru, hasil kajian ini menunjukkan bahawa Kaedah Kontekstual dapat meningkatkan penguasaan kemahiran dan kefahaman bahasa Melayu murid-murid bermasalah pendengaran dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik secara keseluruhan,PhD
Pages: 314
Call Number: PL5070 .S239 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74939+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.