Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487719
Title: Efikasi pensyarah dan hubungannya dengan kompetensi pensyarah teknikal Politeknik Malaysia
Authors: Wan Nooraini Wan Kamaruddin (P38936)
Supervisor: Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim, Dr. Hj.
Keywords: Efikasi pensyarah
Hubungan pensyarah
Kompetensi pensyarah teknikal
Politeknik Malaysia
Teacher effectiveness
Issue Date: 26-Jul-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneroka hubungan antara efikasi pensyarah dan kompetensi pensyarah teknikal politeknik Malaysia. Kompetensi pensyarah terdiri daripada kompetensi profesional dan kompetensi am (kompetensi bahasa Inggeris). Efikasi pensyarah pula terdiri daripada efikasi pengajaran peribadi dan efikasi pengajaran am. Penerokaan terhadap kompetensi pensyarah adalah berdasarkan tahap kepentingan, tahap pengetahuan dan tahap keupayaan melaksanakan kompetensi tersebut. Kompetensi profesional terdiri daripada pengetahuan dan kemahiran profesional, perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, penilaian pengajaran, perhubungan interpersonal, prosedur kerja ISO dan penyeliaan latihan industri pelajar. Kompetensi am pula terdiri daripada kemahiran am (mendengar, bertutur, membaca, menulis), isi pelajaran dan nahu. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan kelompok berkadaran yang melibatkan 401 orang pensyarah teknikal daripada lima buah politeknik Malaysia. Instrumen utama kajian tinjauan ini berbentuk soal selidik. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi Pearson, ujian-t, ANOVA, MANOVA dan khi kuasa dua. Temu bual juga dijalankan untuk menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan efikasi pengajaran peribadi adalah lebih tinggi daripada efikasi pengajaran am pensyarah. Dapatan kajian juga menyokong kajiankajian dahulu yang mengesahkan kompetensi yang perlu digunakan oleh pensyarah teknikal. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara efikasi pensyarah dan kompetensi pensyarah. Kajian juga mendapati walaupun pensyarah teknikal menganggap kesemua kompetensi pensyarah adalah penting, namun tahap pengetahuan dan tahap keupayaan melaksanakan kompetensi tersebut adalah tidak setara. Kajian juga menunjukkan pensyarah teknikal lebih cenderung untuk memilih format penyampaian program perkembangan profesional berbentuk informal. Namun hasil temu bual mendapati format berbentuk formal adalah cara terbaik untuk meningkatkan kompetensi pensyarah. Implikasi dapatan kajian menunjukkan kompetensi pensyarah dapat dipertingkatkan dengan mengurangkan jurang dalam tahap kompetensi melalui program perkembangan profesional. Kajian ini juga mencadangkan profil kompetensi pensyarah teknikal, dan juga carta alir peningkatan kompetensi sebagai panduan kepada pensyarah teknikal Politeknik Malaysia untuk kesinambungan perkembangan profesional.,PhD
Pages: 351
Call Number: LB1025.3 .W343 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74889+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.