Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487718
Title: Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan guru cemerlang
Authors: Norliza Abdul Majid (P38920)
Supervisor: Zalizan Mohd Jelas, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Kemahiran komunikasi
Kemahiran motivasi kerja
Kalangan guru cemerlang
Communication in education
Issue Date: 1-Aug-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi guru cemerlang dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan keperluan motivasi kerja ke atas peningkatan komitmen dalam profesion perguruan. Aspek utama yang diteroka adalah kemahiran dan kebolehan guru menggunakan unsur-unsur dan fungsi komunikasi dengan berkesan dan keperluan motivasi kerja ekstrinsik dan intrinsik terhadap peningkatan kepuasan kerja. Oleh itu, kajian kes kualitatif dilakukan untuk memahami tentang kepentingan dan keperluan kedua-dua aspek terhadap peningkatan profesionalisme perguruan. Sumber data diperoleh dari lima orang guru cemerlang sebagai peserta kajian utama dan lima kumpulan pelajar sebagai peserta kajian tambahan. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan protokol temu bual, protokol pemerhatian dan analisis dokumen sebagai alat untuk mengumpul data. Temu bual secara mendalam telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada peserta kajian dan pemerhatian di dalam bilik darjah telah dilakukan untuk merakamkan proses komunikasi yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat dianalisis secara interpretif-deskriptif berdasarkan tema-tema yang muncul dan teknik triangulasi data dilakukan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Hasil kajian mendapati kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenal pasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar. Tujuh tema dari aspek kemahiran komunikasi yang boleh membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran telah dikenal pasti iaitu: i) kemahiran menimbulkan minat; ii) kemahiran melibatkan pelajar; iii) kemahiran menyampaikan mesej; iv) kemahiran penggunaan suara; v) kemahiran penggunaan bahasa; vi) kemahiran mendengar; dan vii) kemahiran tingkah laku bukan lisan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecemerlangan yang terbentuk adalah hasil daripada ketinggian motivasi untuk bekerja dan kepuasan kerja amat diperlukan sebagai faktor dorongan yang dapat memenuhi keperluan guru terhadap tugasnya. Enam tema dari aspek motivasi kerja yang mempengaruhi komitmen guru telah dikenal pasti iaitu: i) kepuasan kerja dari aspek pelajar; ii) kepuasan kerja dari aspek pentadbir; iii) kepuasan kerja dari aspek rakan sekerja; iv) keperluan motivasi ekstrinsik; v) keperluan motivasi intrinsik; dan vi) hubungan motivasi kerja terhadap pekerjaan. Kajian mendapati kemahiran komunikasi guru cemerlang seharusnya dijadikan asas utama kepada para guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran selain sikap, cara bekerja dan komitmen guru cemerlang yang seharusnya dijadikan inspirasi dalam meningkatkan komitmen guru terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada program pendidikan guru untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha peningkatan profesional guru dengan memberi penekanan terhadap kepentingan kemahiran komunikasi dan motivasi kerja bagi menghasilkan guru-guru yang cemerlang.,PhD
Pages: 324
Call Number: LB1033.5 .N646 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74884+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.