Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487702
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi Zakaria, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorHutkemri (P51023)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:31:56Z-
dc.date.available2023-10-11T09:31:56Z-
dc.date.issued2013-7-16-
dc.identifier.otherukmvital:74690-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487702-
dc.descriptionModul pengajaran GeoGebra memberikan peluang kepada para pendidik untuk menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dua kajian utama dijalankan, pertama kajian pembangunan modul pengajaran GeoGebra matematik topik fungsi dan had fungsi untuk pelajar sekolah menengah atas. Kajian kedua eksperimen kuasi bagi melihat keberkesanan penggunaan pengajaran GeoGebra ke atas pengetahuan konseptual dan prosedural matematik topik fungsi dan had fungsi. Selain itu turut dikaji miskonsepsi dan kesilapan prosedur pelajar dalam topik fungsi dan had fungsi. Pembangunan modul pengajaran GeoGebra melibatkan tiga orang pakar, 10 orang guru dan 51 orang pelajar. Manakala kajian eksperimen melibatkan seramai 284 orang pelajar Sekolah Menengah Atas Rokan Hulu, Riau Indonesia. Seramai 138 orang pelajar dalam kumpulan rawatan dan 146 orang dalam kumpulan kawalan. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik, soalan terbuka dan ujian pengetahuan konseptual dan prosedural. Analisis dengan perisian NVivo8 digunakan untuk menganalisis cadangan pakar, guru dan pelajar dalam pembangunan modul perisian GeoGebra. Analisis dengan menggunakan perisian ANATESV4 dijalankan bagi menentukan indeks diskriminan dan indeks kesukaran soalan ujian pengetahuan konseptual dan prosedural. Seterusnya perisian SPSS 19.0 digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian t bebas, Anova Satu Hala, Anova Dua Hala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pertama bagi pembangunan modul pengajaran GeoGebra menunjukkan bahawa penilaian pakar, guru dan pelajar menunjukkan bersetuju bahawa modul pengajaran GeoGebra yang dibangun layak digunakan bagi pelajar sekolah menengah atas. Analisis kajian eksperimen menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan konseptual dan prosedural matematik topik fungsi dan had fungsi antara kumpulan dan keupayaan pelajar, terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan keupayaan dalam pengetahuan konseptual dan prosedural matematik topik fungsi dan had fungsi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan konseptual dan prosedural matematik topik fungsi dan had fungsi antara kumpulan dengan jantina. Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan konseptual dengan pengetahuan prosedural pelajar. Seterusnya miskonsepsi terhadap topik fungsi dan had fungsi bagi pelajar dalam kumpulan kawalan lebih tinggi berbanding dengan kumpulan rawatan. Manakala kesilapan prosedur antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah hampir sama. Diharapkan kajian ini dapat membantu pendidik menggunakan modul pengajaran GeoGebra dan memberikan persediaan yang mencukupi bagi mengurangkan atau mengatasi masalah yang timbul dalam pengetahuan konseptual dan prosedural matematik.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengajaran geogebra-
dc.subjectPengetahuan konseptual dan prosedural matematik-
dc.subjectMathematics -- Study and teaching -- Computer-assisted instruction-
dc.titlePenggunaan dan keberkesanan modul pengajaran geogebra ke atas pengetahuan konseptual dan prosedural matematik fungsi dan had fungsi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages489-
dc.identifier.callnoQA20.C65.H847 2013-
dc.identifier.barcode000716-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74690+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.