Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487679
Title: Kebebasan beragama dalam ajaran Islam dan Buddha Theravada serta implikasinya terhadap hubungan antara penganut agama di Selatan Thailand
Authors: Mutsalim Khareng (P67015)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Kebebasan beragama
Islam
Buddha
Selatan Thailand
Sikap keterbukaan
Penganut agama
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Apr-2016
Description: Salah satu elemen hak asasi adalah kebebasan individu untuk memeluk agama pilihannya serta mengamalkan kepercayaan agamanya tanpa paksaan dan gangguan dari mana-mana pihak. Negara Thailand dikenali sebagai sebuah negara demokrasi yang memberi hak kebebasan kepada warganegara dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk hak kebebasan beragama. Walau bagaimanapun dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan dilihat bertentangan dengan hak kebebasan beragama menurut Islam sehingga hubungan kalangan penganut agama menggambarkan sikap curiga mencurigai antara satu sama lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji konsep, prinsip dan pelaksanaan kebebasan beragama menurut perspektif Islam dan Buddha. Kebebasan beragama dalam konteks Perlembagaan Negara Thailand juga ditinjau bagi melihat impak pelaksanaannya terhadap pembentukan hubungan baik di kalangan masyarakat Selatan Thailand. Kajian juga mengenal pasti tahap dan perbezaan kefahaman kebebasan beragama, sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain dan faktor-faktor yang mempengaruhinya berdasarkan demografi agama. Selain itu, kajian juga mengenal pasti hubungan di antara kefahaman kebebasan beragama dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain serta sumbangannya terhadap sikap keterbukaan kalangan penganut agama. Untuk tujuan itu, dua pendekatan yang digunakan iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif merujuk kepada kajian kepustakaan. Manakala pendekatan kuantitatif, kajian dijalankan ke atas 870 responden yang tinggal di lokasi kajian bandar Pattani, Yala dan Narathiwat dalam wilayah Selatan Thailand yang dipilih secara persampelan kuota (Quota Sampling). Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual berstruktur dan semi-struktur. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian-t, korelasi Pearson dan Regresi Berganda dilakukan dengan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman kebebasan beragama, sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain dan faktor-faktor yang mempengaruhinya berada pada tahap yang baik. Terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan demografi agama dalam kefahaman kebebasan beragama dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, tetapi tidak terdapat pebezaan dalam sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain. Wujud juga hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman kebebasan beragama dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain disumbang dan dipengaruhi oleh kefahaman kebebasan beragama dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan dapatan yang diperolehi dalam kajian ini secara keseluruhannya memberi implikasi terhadap dasar pembangunan negara khususnya dalam usaha membentukan hubungan baik dalam kalangan penganut agama di masyarakat Selatan Thailand.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 350
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84900+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.