Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487663
Title: Gaya bahasa puisi Arab dan Melayu dalam Diwan Abi Tammam dan syair Siti Zubaidah
Authors: Nazri Atoh (P50622)
Supervisor: Zamri Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Syair Siti Zubaidah
Puisi Arab
Diwan Abi Tammam
Poetry-History and criticism
Issue Date: 3-Feb-2015
Description: Penggunaan gaya bahasa dalam puisi berbeza antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa ini memainkan peranan dalam menghasilkan karya sastera yang indah. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap gaya bahasa puisi adalah sedikit dibandingkan dengan prosa. Oleh itu, gaya bahasa cilm al-bayÉn dalam kesusasteraan Arab dan gaya bahasa perbandingan dalam kesusasteraan Melayu dipilih sebagai dua perkara pokok yang dikaji. Konsep puisi bagi kedua-dua kesusasteraan yang berbeza turut dikaji. Teks daripada DÊwan AbÊ TammÉm dan Syair Siti Zubaidah dipilih untuk dianalisis bagi melihat persamaan dan perbezaan gaya bahasa yang terkandung dalam kedua-dua teks puisi tersebut. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini turut menganalisis tanda atau lambang yang terdapat dalam DÊwan AbÊ TammÉm dan Syair Siti Zubaidah dengan menggunakan teori semiotik Charles Sander Pierce. Pendekatan bandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan gaya bahasa puisi Arab dan puisi Melayu secara umum. Pendekatan ini juga turut digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan gaya bahasa antara DÊwan AbÊ TammÉm dengan Syair Siti Zubaidah secara khusus. Kajian mendapati terdapat persamaan fungsi antara gaya bahasa puisi Arab dengan gaya bahasa puisi Melayu, namun istilah kepada setiap gaya bahasa tersebut adalah berbeza. Gaya bahasa dalam puisi Arab mempunyai pembahagian yang pelbagai walaupun mendukung fungsi yang sama. Terdapat gaya bahasa dalam DÊwÉn AbÊ TammÉm dan Syair Siti Zubaidah yang mempunyai persamaan fungsi seperti tashbÊh mursal dan simile, tashbÊh mu'akkad dan metafora, isticÉrah, personifikasi dan hiperbola, kinÉyah dan metonimi, majÉz mursal dan sinekdoki. Walau bagaimanapun, tashbÊh dalam DÊwÉn AbÊ TammÉm mensyaratkan mushabbah dan mushabbah bih dinyatakan dalam ungkapan, berbeza dengan metafora dalam Syair Siti Zubaidah yang hanya menyatakan satu daripada dua perkara yang mempunyai persamaan. KinÉyah dalam DÊwÉn AbÊ TammÉm pula menggunakan katakata untuk menyifatkan sesuatu perkara dengan situasi tertentu, manakala metonimi dalam Syair Siti Zubaidah menggunakan kata-kata yang menyifatkan seseorang dengan pakaiannya. Tanda-tanda yang digunakan dalam puisi pula dipengaruhi oleh persekitaran yang merangkumi ikon, indeks dan simbol. Kajian ini memberi sumbangan kepada penyelidikan yang bersifat perbandingan antara dua kesusasteraan; iaitu kesusasteraan Arab dan kesusasteraan Melayu.,Ph.D
Pages: 300
Call Number: PN1110.N349 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81992+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.