Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487641
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAzlin Alisa Ahmad (P50640)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:56Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:56Z-
dc.date.issued2013-05-07
dc.identifier.otherukmvital:75144
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487641-
dc.descriptionDalam pasaran kewangan, lindung nilai amat diperlukan sebagai alat pengurusan risiko. Institusi perbankan Islam di Malaysia mengguna pakai prinsip wacd sehala mengikat dalam produk lindung nilai seperti kontrak Islamic FX forward. Meskipun penggunaan wacd sehala berpotensi dibangunkan bagi memenuhi keperluan lindung nilai, namun timbul isu ketidakadilan kerana wacd sehala yang digunakan hanya mengikat sebelah pihak iaitu pihak pelanggan yang merupakan pemberi janji, tidak kepada pihak bank. Ekoran kelemahan dalam prinsip wacd sehala, maka penggunaan wacd dua hala yang mengikat kedua-dua belah pihak dilihat mempunyai ruang dan potensi untuk menampung kekurangan ini. Walau bagaimanapun, penggunaan wacd dua hala yang mengikat telah menimbulkan isu syariah kerana melibatkan beberapa kontrak pertukaran aset ribawi. Ini disebabkan oleh anggapan sesetengah pihak bahawa wacd dua hala yang mengikat menyamai prinsip muwacadah. Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) tidak membenarkan pertukaran mata wang asing dengan melakukan muwacadah terlebih dahulu kerana muwacadah menyerupai akad jual beli yang boleh mengakibatkan berlakunya riba. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji amalan semasa kaedah lindung nilai dalam institusi kewangan Islam di Malaysia dan menilai teori wacd serta menganalisis perbezaan antara prinsip wacd dua hala dan muwacadah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mensintesis potensi pemakaian prinsip wacd dua hala sebagai asas dalam menstrukturkan produk lindung nilai Islam. Kajian ini bersifat kualitatif dengan memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Analisis dokumen dan temu bual separa struktur digunakan untuk proses pengumpulan data. Dokumen yang dianalisis dalam kajian ini ialah al-Quran, hadith serta kitab turath berkaitan wacd. Seramai empat orang pakar syariah dipilih sebagai informan dan sepuluh orang pemain pasaran dipilih sebagai peserta kajian. Manakala proses penganalisisan data dijalankan menerusi kaedah deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep wacd dua hala yang mengikat kedua-dua belah pihak berbeza dengan konsep muwacadah. Dalam wacd dua hala, syarat yang diberikan adalah berlainan dan kesan yang terhasil juga adalah berlainan. Trigger event juga berlainan kerana dalam wacd dua hala yang dicadangkan ini, hanya satu wacd akan terlaksana. Memandangkan wacd dua hala tidak menyamai muwacadah, maka sudah tentu ia tidak menyamai akad jual beli. Justeru, prinsip wacd dua hala yang mengikat dua belah pihak berpotensi dan sesuai diguna pakai dalam kontrak Islamic FX forward untuk tujuan lindung nilai. Sekiranya pengaplikasiannya benar-benar mengikut parameter lindung nilai yang telah digariskan, maka maslahah kepada semua pihak yang terlibat akan tercapai. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas institusi perbankan Islam ke arah mempelbagaikan produk lindung nilai yang bukan sahaja inovatif, malah patuh syariah serta selaras dengan tuntutan realiti semasa di samping dapat menyaingi produk kewangan konvensional.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectLindung Nilai Berasaskan WAcD
dc.subjectInstitusi Perbankan Islam Lindung Nilai Berasaskan WAcD
dc.subjectHedging (Finance)
dc.titleLindung Nilai Berasaskan WAcD Dalam Institusi Perbankan Islam Di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages337
dc.identifier.callnoHG6024.M4 .A95 2013
dc.identifier.barcode000532
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75144+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.