Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487633
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ridzuan Awang, Prof. Madya
dc.contributor.authorNoor Lizza Mohamed Said (P47273)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:51Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:51Z-
dc.date.issued2014-03-20
dc.identifier.otherukmvital:74826
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487633-
dc.descriptionUndang-undang bertulis khusus mengenai hibah masih tidak wujud di Malaysia sehingga kini, sedangkan undang-undang bertulis khusus mengenai wasiat orang Islam hanya terdapat di tiga negeri iaitu di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Akibat ketiadaan undang-undang bertulis khusus dan seragam, amalan dan pelaksanaan hibah dan wasiat dalam masyarakat Islam di negara ini adalah pelbagai. Ini disebabkan oleh pertikaian hukum di kalangan sarjana Islam masa kini dan kepelbagaian pendapat fuqaha berkaitan isu hibah dan wasiat. Sarjana-sarjana Islam di negara ini telah mencadangkan agar digubal dan diluluskan statut khusus berkaitan hibah dan wasiat yang seragam sebagai rujukan dan panduan dalam pelaksanaan hibah dan wasiat di seluruh negeri di negara ini. Bagi merealisasikan cadangan tersebut, statut hibah dan wasiat di negara Mesir, Syria dan Jordan dijadikan sebagai rujukan. Namun begitu, peruntukan undang-undang hibah dan wasiat yang tidak seragam di negara-negara tersebut menyukarkan untuk menentukan sama ada peruntukan tersebut selaras dengan hukum syarak dan bertepatan dengan maqasid sharicah sehingga wujud polemik di kalangan fuqaha kontemporari dalam beberapa peruntukan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji pandangan fuqaha dan perbahasan mereka dalam setiap permasalahan hibah dan wasiat seterusnya menganalisis setiap peruntukan hibah dan wasiat yang wujud di Mesir, Syria, Jordan dan Malaysia bersandarkan kepada pandangan fuqaha. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen primer dan sekunder dalam proses pengumpulan data. Pendekatan deskriptif, induktif dan deduktif digunakan dalam menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian mendapati perselisihan pendapat fuqaha dalam permasalahan hibah dan wasiat memberi ruang dan peluang kepada para ulama kontemporari dan para penggubal undang-undang untuk memilih pendapat yang paling sesuai mengikut keperluan masyarakat Islam di negara ini dan bertepatan dengan pegangan mazhab Sunni yang muktabar. Kajian ini juga mendapati peruntukan undang-undang bertulis berkaitan hibah dan wasiat di Syria dan Jordan telah melalui proses penambahbaikan mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat Islam setempat berasaskan kepada undang-undang di Mesir. Kajian ini mencadangkan supaya peruntukan undang-undang hibah dan wasiat yang terdapat di Mesir, Syria dan Jordan yang menepati kehendak syarak dan selari dengan maqasid sharicah serta bersesuaian dengan kepentingan umat Islam di Malaysia dijadikan panduan dan contoh dalam penggubalan undang-undang hibah dan wasiat di negara ini. Statut wasiat orang Islam yang telah wujud di negara ini perlu kepada penambahbaikan dan keseragaman agar selaras dengan mazhab Sunni yang muktabar. Kajian ini memberi implikasi yang besar dalam pembentukan undang-undang hibah dan wasiat di Malaysia di samping menyumbang kepada perkembangan ilmu pengurusan dan perancangan harta orang Islam dan pelaksanaan hibah dan wasiat dalam masyarakat Islam di negara ini.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAnalisis fiqah
dc.subjectUndang-undang hibah
dc.subjectUndang-undang wasiat
dc.subjectNegara-negara Islam
dc.subjectIslam
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law)--Islamic countries
dc.titleAnalisis fiqah terhadap undang-undang hibah dan wasiat di negara-negara Islam
dc.typeTheses
dc.format.pages332
dc.identifier.callnoBP158.I45 .N64 2014
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74826+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.