Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487629
Title: Pendekatan dan cabaran organisasi dakwah menangani masalah hubungan etnik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor
Authors: Syahrul Faizaz binti Abdullah (P46221)
Supervisor: Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dakwah
Hubungan etnik
Daʻwah (Islam) -- Societies
Issue Date: 7-Mar-2013
Description: Terdapat pelbagai isu berkaitan Islam yang telah mencetus masalah hubungan inter dan intra etnik di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Isu-isu tersebut ialah isu pengislaman, perebutan jenazah, ajaran sesat dan murtad. Walau bagaimanapun sehingga kini, kajian tentang pendekatan dakwah dalam menangani masalah hubungan etnik lebih memfokuskan kepada memberi kefahaman tentang Islam. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah hubungan inter dan intra etnik yang ditangani oleh organisasi dakwah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Kajian ini juga bertujuan mengkaji pendekatan organisasi dakwah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dalam menangani masalah tersebut serta menganalisis cabaran yang dihadapinya. Kajian dilaksanakan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes menggunakan data primer berdasarkan kaedah temu bual semi struktur yang melibatkan informan yang dipilih secara bertujuan. Data sekunder pula didapati melalui laporan tahunan, buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian lepas. Data ini dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati isu inter etnik yang ditangani adalah berkaitan isu hubungan etnik secara umum, penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, isu pengislaman dan permohonan keluar Islam dalam kalangan saudara Muslim. Isu-isu hubungan intra etnik pula berkaitan isu ajaran sesat, Islam Liberal dan murtad dalam kalangan orang Melayu. Hasil kajian juga mendapati isu-isu ini telah ditangani dengan menggunakan pendekatan dacwah bi al- lisan, dacwah bi al-hal, penerbitan, penyelidikan, undang-undang, perkaderan dakwah, pemulihan akidah, tauliah mengajar dan berceramah serta kerjasama dengan NGO. Manakala cabaran yang dihadapi oleh organisasi dakwah dalam melaksanakan pendekatannya ialah cabaran dari segi sumber manusia, teknikal, kewangan, sikap madcu, keselamatan, imej organisasi dakwah, tentangan daripada pihak tertentu dan pandangan umum terhadap pendekatan dakwah. Di samping itu, organisasi dakwah juga berdepan dengan cabaran umum daripada aspek politik, sosial, perundangan, media dan cabaran global. Implikasi kajian ini ialah pemerkasaan aspek sumber manusia, prasarana, bidang kuasa dan peruntukan undang-undang perlu bagi memastikan pendekatan dakwah dalam menangani masalah hubungan inter dan intra etnik lebih komprehensif dan efektif.,Ph.D
Pages: 381
Call Number: BP170.3.S97 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71617+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.