Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487597
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJaffary Awang, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRafiza Mohamed (P74956)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:22Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:22Z-
dc.date.issued2022-07-13-
dc.identifier.otherukmvital:130436-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487597-
dc.descriptionPenglibatan NGO dalam memberikan sokongan kepada gelandangan secara umumnya adalah suatu perkara yang tidak asing lagi. Rangkaian sokongan yang diberikan oleh NGO kepada gelandangan dikenali sebagai sistem sokongan. Sistem sokongan NGO terdiri dari dua bentuk iaitu formal dan informal. Sistem sokongan dari NGO dikategorikan dalam sokongan formal yang melibatkan perkhidmatan sukarela dan menjadi asas pertubuhan mereka. Pertambahan jumlah NGO yang melaksanakan sistem sokongan kepada gelandangan ternyata tidak mengurangkan angka gelandangan khususnya gelandangan Muslim. Data menunjukkan gelandangan Muslim mempunyai peratus yang tinggi iaitu sebanyak 46.7% iaitu 1,064 orang. Peratusan ini menimbulkan persoalan berhubung keberkesanan sistem sokongan NGO dalam mengurus isu gelandangan Muslim Kuala Lumpur. Ianya mempunyai kaitan dengan sejauhmana kesesuaian sistem sokongan dengan keperluan gelandangan Muslim Kuala Lumpur khususnya. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti persepsi NGO terhadap keperluan gelandangan, mekanisme sokongan NGO terhadap gelandangan, meneliti tahap pengetahuan dan pendekatan sistem sokongan NGO serta cabarannya dalam menangani gelandangan Muslim di Kuala Lumpur. Kajian ini dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual dan observasi yang dikaitkan dengan model sistem sokongan berdasarkan perspektif Islam dan Teori Asas Keperluan Imam al-Ghazali (TKG). Temubual dilakukan secara mendalam ke atas lima wakil NGO selaku informan kajian yang dipilih melalui kaedah snow ball dan data temu bual dianalisis menggunakan ATLAS.ti. Seterusnya kajian ini disokong dengan data kuantitatif menerusi intsrumen soal selidik ke atas 50 orang responden kalangan NGO yang dipilih berpandukan konsistensi menyantuni gelandangan dan data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS version 22. Kajian mendapati terdapat enam ciri khusus dan empat konsep gerak kerja NGO berserta cabarannya dalam melaksanakan sistem sokongan kepada gelandangan Muslim Kuala Lumpur. Kajian ini memberi implikasi terhadap pengukuhan sistem sokongan NGO kepada gelandangan Muslim khususnya di samping tujuh cadangan secara umum yang bersifat holistik terhadap gelandangan Muslim. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati gerak kerja NGO Islam telah memberikan sumbangan teoritikal dan praktikal dalam menangani gelandangan Muslim Kuala Lumpur.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHomelessness -- Malaysia-
dc.subjectHomeless persons -- Malaysia -- Kuala Lumpur-
dc.subjectNon-governmental organizations-
dc.subjectSocial networks-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSistem sokongan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap gelandangan Muslim Kuala Lumpur-
dc.typeTheses-
dc.format.pages386-
dc.identifier.callnoHV4602.6.K84R33454 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006783(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sistem sokongan badan bukan kerajaan NGO terhadap gelandangan Muslim Kuala Lumpur.pdf
  Restricted Access
Full-text3.11 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.