Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487591
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMarina Abu Bakar (P91305)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:18Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:18Z-
dc.date.issued2022-09-03
dc.identifier.otherukmvital:129513
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487591-
dc.descriptionTadbir urus korporat yang berjaya diamalkan oleh kebanyakan institusi-institusi korporat adalah berdasarkan kepada tiga nilai iaitu profesionalisme, akauntabiliti dan ketelusan. Tidak terkecuali, institusi wakaf, tanpa nilai-nilai ini sudah tentu akan menjejaskan reputasi dan merugikan institusi serta masyarakat Islam secara keseluruhannya. Di Malaysia, MAIN adalah pemegang amanah tunggal harta-harta wakaf di setiap negeri di Malaysia. Kombinasi penglibatan dana wakaf dalam bentuk harta tidak alih dan alih ini memerlukan tadbir urus yang baik demi menjamin kelangsungan dan kelestarian wakaf di bawah seliaan MAIN. Namun MAIN dalam usaha melestarikan dana wakaf, berhadapan dengan dua cabaran utama iaitu tadbir urus wakaf yang lemah dan dana wakaf yang tidak mencukupi. Kajian ini dijalankan dengan matlamat untuk menganalisis kelebihan tadbir urus korporat dan kesesuaian pengaplikasiannya di institusi wakaf seperti MAIN dalam melestarikan dana wakaf berdasarkan profesionalisme, akauntabiliti dan ketelusan dalam tadbir urus wakaf. Seterusnya, mencadangkan model tadbir urus korporat yang dapat melestarikan dana wakaf di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengguna pakai pendekatan kajian kes dengan melibatkan 14 MAIN di Malaysia, JAWHAR dan YWM. Dua metode telah digunakan untuk mengumpul data kajian ini iaitu metode lapangan dan kepustakaan. Data primer kajian ini dikumpul melalui metode lapangan iaitu temu bual semi-struktur dan mendalam bersama informan dari 14 MAIN, JAWHAR dan YWM. Manakala data sekunder pula diperolehi melalui metode kepustakaan iaitu menerusi dokumen bertulis dan pangkalan data. Data-data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti Versi 8.2.4 dan analisis kandungan. Penganalisisan data-data kajian pula menggunakan metode deduktif dan induktif. Model yang telah dibentuk hasil daripada analisis yang dilakukan kemudiannya diterjemah dalam bentuk prototaip iaitu sistem berasaskan web (e-Wakaf) dan disahkan oleh beberapa pakar dalam bidang IT. Hasil kajian ini mendapati bahawa tadbir urus yang diamalkan oleh keseluruhan 14 MAIN di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu baik, sederhana dan lemah. Indikator bagi tadbir urus yang baik adalah apabila MAIN dapat memastikan hubungan dan kepercayaan yang kukuh di antara institusi wakaf dan pihak-pihak berkepentingan dan pada masa yang sama mampu memelihara aspek-aspek utama kelestarian dana wakaf melalui etika kerja yang profesional, tanggungjawab dan telus. Selain itu, MAIN turut berhadapan dengan beberapa cabaran dalam bidang kewangan, pendaftaran, perundangan, penguatkuasaan, pembangunan, sumber manusia, pangkalan data, masalah agensi, perakaunan dan pelaporan dalam memastikan dana wakaf yang ditadbir urus dapat terus dilestari. Implikasinya, kajian ini memberi sumbangan teoretikal ke arah penambahbaikan Teori Agensi mengikut perspektif Islam serta menggesa pihak MAIN, JAWHAR dan YWM supaya dapat menyelaraskan tadbir urus wakaf secara korporat yang mengandungi elemen-elemen profesionalisme, akauntabiliti dan ketelusan sesuai dengan Maqasid al-Sharicah demi memastikan kelestarian dana wakaf secara berterusan di Malaysia.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWaqf -- Malaysia
dc.subjectCharitable uses
dc.subjecttrusts
dc.subjectand foundations (Islamic law)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKelestarian dana wakaf di Malaysia melalui tadbir urus korporat
dc.typeTheses
dc.format.pages546
dc.identifier.callnoBP170.25.M346 2022 tesis
dc.identifier.barcode006685(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129513+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
693.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.