Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487590
Title: Pembinaan dan pengesahan hierarki kesukaran penguasaan kosa kata imbuhan bahasa Arab
Authors: Hasnurol Hashim (P96940)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arabic language -- Morphology
Arabic language -- Study and teaching (Higher) -- Malay speakers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2022
Description: Morfologi Arab merupakan bidang kajian yang rumit berbanding morfologi bahasa lain. Berlaku kerumitan morfologi Arab adalah disebabkan perubahan pemeringkatan konstruksi sesuatu kata yang kompleks. Hal ini kerana sistem morfologinya berasaskan kepada kata akar dan pelbagai lapisan proses derivasi. Penentuan kata akar dari perkataan imbuhan Arab antara kesukaran utama pelajar bahasa Arab terutamanya jika struktur dalaman sesuatu perkataan mengalami banyak perubahan. Perkara demikian menghalang kepada penguasaan kosa kata dan perkembangan kemahiran bahasa. Justeru kajian ini menyelidik tahap penguasaan struktur dalaman kata (SDK) imbuhan bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam (UA) menerusi instrumen yang dibina dan mengesahkan kesukaran kosa kata imbuhan mengikut hierarki kerumitan proses derivasi. Ujian Struktur Dalaman Kata Imbuhan (USDAi) mengandungi 130 item aneka pilihan dibentuk. Kerangka pembinaan instrumen adalah berpandukan Model Pembinaan Instrumen McIntire dan Miller (2007) yang berteraskan teori SDK oleh al-Shuwairekh (2001), Tucker (2011), Booij (2015) dan konsep derivasi perkataan bahasa Arab yang dikembangkan oleh Muhammad Qadur (1999) dan Mahir Shacban (2011) serta teori paradigmatis oleh Bloomfield (1992). Tiga konstruk utama struktur dalaman kata (SDK) dikenal pasti, iaitu kata akar, imbuhan dan wazn kata kerja imbuhan bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Pemilihan sampel kajian menggunakan pensampelan bertujuan bersasar berdasarkan kriteria tertentu dan cadangan tenaga pengajar. Seramai 160 orang pelajar daripada universiti awam (UA) yang sedang mengikuti pengajian bahasa Arab dipilih bagi mewakili kategori rendah (low), kategori sederhana (moderate) dan kategori tinggi (high). Data dianalisis berdasarkan Model Pengukuran Rasch dengan menggunakan perisian Winsteps versi 5.0.2.0 yang dibangunkan oleh Linacre (2021). Nilai kebolehpercayaan person ialah 0.92 (α = 0.92) dan indeks pengasingannya pula ialah 3.42. Item pula menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.96, indeks pengasingannya 5.19 dan mean infit 0.99. Hasil kajian menunjukkan jenis kata cillah dan mahmuzat yang melalui proses derivasi sama ada proses pengalihan (iclal), penggantian (ibdal), pengguguran (hazf) mahupun penyerapan (idgham) adalah paling sukar dikuasai pelajar. Kesimpulannya, 130 item instrumen USDAi boleh digunakan secara kompetitif dalam penyelidikan dan pendidikan di Malaysia.,Ph.D
Pages: 395
Call Number: PJ6131.H346 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129512+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
730.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.