Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487588
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haziyah Hussin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Sahlawati Abu Bakar (P87381) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:06:17Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:06:17Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129510 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487588 | - |
dc.description | Tafsir mawduci ialah pendekatan tafsir yang menekankan kaedah pentafsiran al-Quran secara bertema. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh ulama timur tengah pada tahun 1970-an dan selepas itu muncul penulisan tafsir mawduci sama ada menyentuh aspek metodologi ataupun penulisan karya khusus tentang tafsir mawduci. Pendekatan tafsir mawduci ini telah melalui proses evolusi dan mempunyai perbezaan dari aspek prosedur dan praktik dalam kalangan sarjana tafsir. Perbezaan ini telah memberikan kesan secara tidak langsung kepada penulisan tafsir mawduci di Malaysia. Meskipun penulisan tafsir mawduci di Malaysia semakin berkembang pada kurun ke 21 ini, pendekatan yang digunakan perlu diteliti berikutan cara pengkategorian kitab-kitab tafsir mawduci di Malaysia tidak konsisten dalam kalangan pengkaji tafsir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan tafsir mawduci yang digunakan dalam penulisan tafsir di Malaysia dan mengkaji ciri-ciri penulisan tafsir mawduci di Malaysia. Selain itu kajian ini juga menganalisis prosedur pendekatan tafsir mawduci bagi penulisan tafsir. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif deskriptif dan data diperoleh melalui sumber dokumen dan temubual penulis kitab. Sebanyak lima buah kitab tafsir mawduci berbahasa Melayu digunakan sebagai bahan kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti v8.4.24 secara analisis bertema. Kajian mendapati pendekatan tafsir mawduci yang digunakan dalam penulisan tafsir mawduci di Malaysia berbeza-beza dan pelbagai mengikut jenis-jenis tafsir mawduci. Dapatan juga menunjukkan penulisan tafsir mawduci di Malaysia mempunyai ciri-ciri seperti penjudulan kitab yang menggunakan perkataan tafsir mawduci atau sebaliknya dan penggunaan tema yang berkaitan dengan masyarakat Malaysia. Kajian ini turut mengemukakan prosedur pendekatan tafsir mawduci bagi jenis lafaz, tema dan surah yang boleh diaplikasikan dalam pentafsiran al-Quran secara bertema serta silibus kursus tafsir mawduci di institusi pengajian tinggi.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Qurʼan -- Hermeneutics | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pendekatan tafsir mawdui dalam penulisan tafsir di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 220 | |
dc.identifier.callno | BP130.2.S235 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006682(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129510+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 536.79 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.