Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487586
Title: Amalan pembelajaran tahfiz al-Quran bagi orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di Darul Quran
Authors: Siti Nor Azimah Sabaruddin (P84104)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Qur'an -- Memorising -- Malaysia
Education -- Religious aspects -- Islam -- Malaysia
People with visual disabilities
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jun-2021
Description: Penawaran program Pensijilan Tahfiz al-Quran bagi OKU masalah penglihatan telah memberi peluang kepada golongan ini untuk menghafaz al-Quran secara formal. Namun pencapaian hafazan pelajar dilihat tidak konsisten dan masih berada pada tahap sederhana. Amalan pembelajaran yang diamalkan pelajar memberikan impak yang berlainan disebabkan oleh keupayaan dan kemampuan yang berbeza-beza. Selain itu, tiada model pembelajaran tahfiz yang khusus bagi pelajar OKU penglihatan menyebabkan golongan ini menghafaz al-Quran mengikut keselesaan cara masing-masing. Bagi golongan OKU penglihatan, pencapaian hafazan pelajar pada permulaannya dilihat begitu lemah dan membimbangkan. Namun, setelah melalui beberapa fasa perubahan, pencapaian pelajar menunjukkan perkembangan positif. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengkaji amalan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tahfiz OKU penglihatan dalam menghafaz al-Quran di samping mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian hafazan pelajar OKU penglihatan di Darul Quran. Selain itu, kajian ini juga menganalisis isu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar OKU penglihatan ketika menghafaz dan selepas menghafaz al-Qur'an. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Pengumpulan data bersumberkan tiga instrumen iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi menganalisis data yang dikumpul, kajian menggunakan pendekatan deskriptif serta aplikasi Atlast.ti versi 7.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pembelajaran tahfiz al-Quran bagi OKU penglihatan terbahagi kepada tiga elemen utama iaitu kaedah, teknik dan aktiviti pengukuhan hafazan. Dari sudut faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pula terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan luaran. Manakala masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar terbahagi kepada dua situasi iaitu masalah ketika menghafaz al-Quran dan selepas menghafaz al-Quran. Implikasi dari kajian ini, model persediaan awal pengajian tahfiz dan amalan pembelajaran tahfiz al-Quran bagi OKU penglihatan telah dihasilkan supaya menjadi panduan dan rujukan kepada pelajar tahfiz al-Quran OKU penglihatan.,Ph.D
Pages: 226
Call Number: LC905.M58S568 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129365+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.