Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487580
Title: Kesediaan remaja berisiko untuk berubah ke arah perlakuan akhlak yang baik di Felda daerah Bentong
Authors: Nur Hanisah Mohd Nor Afandi (P94160)
Supervisor: Najah Nadiah Amran, Dr.
Keywords: Adolescent psychology -- Religious aspects -- Islam
Da'wah (Islam)
Juvenile delinquency -- Bentong (Pahang)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Aug-2021
Description: Kajian terdahulu mendapati bahawa remaja mudah terdedah kepada tingkah laku berisiko. Antara faktor penyumbang ialah kurang pendidikan dan didikan agama, tekanan emosi, pengaruh rakan sebaya, dan kurangnya komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja. Justeru, pelbagai kajian berkaitan permasalahan remaja telah dijalankan. Namun aspek kesediaan remaja untuk berubah masih belum dapat dipupuk secara komprehensif dan sistematik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan agama dan amalan agama dalam kalangan remaja berisiko, mengenal pasti hubungan antara pengetahuan agama dan amalan agama remaja berisiko, mengenal pasti sikap remaja untuk melakukan perubahan, dan meneroka program sokongan yang dijalankan. Kajian ini merupakan kajian kes. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Seramai 92 responden yang terdiri daripada remaja berisiko telah dipilih untuk soal selidik. Pada masa yang sama, sepuluh orang remaja berisiko, tiga orang kaunselor, dan tiga orang wakil komuniti Felda telah dipilih untuk ditemu bual. Data daripada borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk Windows (versi 25.0). Kajian ini menggunakan Atlas.ti untuk menganalisis data kualitatif mengikut kaedah analisis tematik. Dapatan kuantitatif mendapati bahawa tahap pengetahuan agama dan amalan agama remaja berisiko di Felda Daerah Bentong berada pada tahap yang tinggi dan hubungan antara keduanya adalah kuat. Manakala dapatan kualitatif pula mendapati bahawa amalan agama yang kurang dititikberatkan adalah solat fardu, menghayati al-Quran, menjaga pergaulan, dan memakai pakaian yang patuh syariah. Kajian ini mendapati bahawa remaja berisiko bersedia untuk melakukan perubahan namun memerlukan bimbingan rapat oleh ibu bapa, para guru, dan rakan sebaya yang positif dan program sokongan yang masih memerlukan penambahbaikan. Implikasi kajian ini mengemukakan garis panduan berkaitan keperluan modul yang bersesuaian dengan program pemulihan remaja berisiko kepada Kementerian Pelajaran, FELDA, pihak sekolah, dan institusi yang menjalankan program pembangunan remaja. Kajian ini turut mencadangkan agar program sokongan ditambahbaik dengan modul yang memenuhi kriteria pembentukan akhlak rabbani, pemilihan penceramah yang tepat, menggunakan pendekatan secara berfokus dalam kelompok kecil, dan penjenamaan modul dengan nama yang dapat menarik minat remaja berisiko untuk menyertai program yang disusun untuk mereka.,Ph.D
Pages: 234
Call Number: BF724.N837 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129358+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.