Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487575
Title: Tanggungjawab sosial korporat berlandaskan maqasid al-shariah dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia
Authors: Nor Rosnita Gani (P94422)
Supervisor: Shofian Haji Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Social responsibility of business
Maqasid (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Nov-2021
Description: Tanggungjawab sosial korporat (CSR) merupakan komitmen sesebuah syarikat yang memberi impak untuk peneguhan reputasi syarikat dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat. Kerajaan Malaysia menunjukkan sokongan yang sangat kuat bagi pelaksanaan CSR, khususnya dalam kalangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menerusi penerbitan Buku Perak. Meskipun wujud kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan GLC untuk melaksanakan CSR, sumbangan dan kesannya terhadap masyarakat masih boleh dipertikai. Isu ini timbul disebabkan oleh kelompangan yang wujud dalam kerangka sedia ada yang meminggirkan prinsip Islam yang lebih bersifat mapan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan sarjana berkaitan kerelevanan konsep CSR menurut Islam, mengkaji faktor dan cabaran yang dihadapi oleh GLC dalam mengamalkan CSR, menganalisis dimensi amalan CSR dalam kalangan GLC dan mencadangkan penambahbaikan amalan CSR Islam berdasarkan kerangka maqasid al-sharicah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengguna pakai pendekatan kajian kes. Lima dimensi amalan CSR dalam beberapa GLC terpilih dikaji berdasarkan kerangka maqasid al-sharicah. Kajian ini memilih temu bual separa berstruktur dan analisis kandungan sebagai kaedah untuk mengumpul data. Manakala analisis data dilaksanakan menerusi kaedah tematik dan deskriptif. Kerangka maqasid al-sharicah yang mendasari kajian ini adalah berkaitan dengan pemeliharaan lima elemen iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini mendapati bahawa amalan CSR yang diperkenalkan oleh Barat adalah relevan dengan prinsip Islam berkaitan memelihara maslahah dan mengelakkan mafsadah. Walau bagaimanapun ia meminggirkan perkara teras prinsip Islam yang merangkumi kebanyakan dimensi agama seperti patuh syariah, produk dan perkhidmatan halal serta kepatuhan membayar zakat. Meskipun CSR telah menjadi amalan dalam kalangan GLC, kajian ini mendapati bahawa terdapat kepelbagaian faktor dan cabaran yang dihadapi oleh GLC dalam melaksanakan amalan CSR. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa belum wujud kerangka CSR Islam yang boleh dirujuk sebagai panduan, khususnya dalam kalangan GLC di Malaysia. Justeru, kajian ini mencadangkan lima dimensi yang perlu ditambah baik dalam amalan CSR iaitu agama, masyarakat, pasaran, tempat kerja dan alam sekitar menerusi penerapan maqasid al-sharicah. Kajian ini membekalkan maklumat kepada kerajaan sebagai pemangkin ke arah pembinaan kerangka CSR Islam berlandaskan prinsip maqasid al-sharicah yang boleh dijadikan rujukan kepada GLC dan syarikat korporat lain di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 239
Call Number: HD60.5.M4N6444 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.