Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487570
Title: Pemikiran akidah Shaykh Nazim al-Qubrusi menurut ahli sunnah waljamaah
Authors: Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman (P84088)
Supervisor: Kamarudin Salleh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Akidah
Shaykh Nazim al-Qubrusi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-May-2020
Description: Shaykh Nāẓim al-Qubrūsī merupakan seorang tokoh masyhur yang mempelopori tarekat Naqshābandī al-Ḥaqqānī. Ajaran beliau tersebar ke serata dunia sehingga beliau diiktiraf antara tokoh Islam berpengaruh abad ini. Namun begitu, terdapat kritikan terhadap beliau yang mendakwa pemikiran akidah beliau terpesong daripada landasan Ahli Sunnah Waljamaah. Beliau dikatakan membawa fahaman ḥulūl, ittiḥād, tashbīh dan tajsīm. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji pemikiran akidah yang dibawa oleh al-Qubrūsī dalam karya-karyanya bagi menentukan adakah ianya selari dengan manhaj dan pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah atau tidak. Kajian ini keseluruhannya adalah berkisar mengenai pemikiran akidah dipegang oleh al-Qubrūsī dengan menggunapakai metode kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data dengan mencari dan meneliti karya-karya al-Qubrūsī dan ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Seterusnya kaedah analisis data digunakan bagi membentuk pemikiran akidah al-Qubrūsī dalam karya-karyanya. Kemudiannya analisis perbandingan dibuat untuk melihat sama ada pemikiran akidahnya bertepatan atau bercanggah dengan manhaj dan pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Terakhirnya metodologi kritikan digunapakai untuk merumuskan percanggahan yang terdapat antara pemikiran akidah al-Qubrūsī dan Ahli Sunnah Waljamaah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Qubrūsī tidak mempunyai pemikiran akidah yang tersusun. Terdapat sebahagian pegangan asas al-Qubrūsī yang selari dengan manhaj dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah, merangkumi keimanan umum terhadap Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan. Namun terdapat juga percanggahan besar di antara pemikiran akidah al-Qubrūsī dengan Ahli Sunnah Waljamaah dalam isu ketuhanan seperti keyakinan ḥulūl, ittiḥād, tashbīh dan tajsīm. Dalam masalah kenabian, al-Qubrūsī mempunyai keyakinan ghuluw seperti menisbahkan Nabi Muhammad SAW mengetahui perkara sebelum dan selepas serta Baginda SAW bersama dengan Allah SWT secara hakiki. Dalam hal kewalian, beliau mendakwa para wali mempunyai irādah Allah SWT. Dalam hal Ghaybiyyāt, beliau meramalkan kemunculan Imam Mahdi a.s dan meyakini orang bukan Islam akan masuk syurga. Kajian ini dapat memberikan sumbangan dalam merungkai pemikiran akidah sebenar al-Qubrūsī yang ditelusuri oleh beliau dalam tarekatnya. Dari sudut implikasi kajian, kajian ini berjaya memperkenalkan biografi al-Qubrūsī serta pemikiran akidahnya daripada sudut persamaan dan perbezaan dengan Ahli Sunnah Waljamaah yang akan membantu institusi berkenaan serta masyarakat untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.,Ph.D.
Pages: 321
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125449+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.