Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487564
Title: Pengurusan zakat secara berpusat di selatan Thailand
Authors: Faosi Kado Abd Wahab (P53366)
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Zakat -- Thailand
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Nov-2020
Description: Pengurusan zakat di Selatan Thailand tidak dilaksanakan secara berpusat di bawah kawalan dan penyelarasan pihak berkuasa agama Islam. Sebaliknya ia diuruskan oleh pelbagai organisasi serta individu tertentu secara suka rela. Sedangangkan menurut jumhur, urusan zakat terletak di bawah tanggung jawab langsung pemerintah atau pihak berkuasa agama yang dilantik pemerintah dalam sesebuah negara. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antar pengurusan zakat dan kuasa pemerintahan. Menjelaskan realiti pengurusan semasa harta zakat yang dilakukan di Selatan Thailand pada masa kini serta faktor penghalang yang hadapi oleh pihak majlis agama Islam untuk memusat dan menyelaraskan pengurusan zakat umat Islam. Kaedah analisis kandungan daripada sumber-sumber perundangan Thailand serta temubual digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada persolan kajian. Kajian ini menyimpulkan dapatan bahawa satu perundangan yang khusus dan jelas berkaitan pengurusan zakat secara berpusat di Selatan Thailand perlu diwujudkan. Pihak majlis agama Islam wilayah-wilayah Selatan Thailand perlu lebih agrisif untuk mendesak dan menggubal perundangan berkaitan. Kajian ini membantu mendedahkan beberapa kekangan utama yang perlu tangani oleh pihak pemerintah serta majlis agama Islam wilayah-wilayah kearah merealisasikan matlamat tersebut. Kejayaan mewujudkan pengurusan zakat secara berpusat dapat memberikan kebaikan dan keadilan dalam pengurusan harta uamat Islam, sekaligus dapat meningkatkan syiar Islam di bumi.,Ph.D.
Pages: 498
Call Number: BP180.F346 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125442+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.