Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487562
Title: Penilaian pegawai agama terhadap Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS
Authors: Hazlin Kadir@Shahar (P67025)
Supervisor: Razaleigh Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr.
Keywords: AIDS (Disease) -- Religious aspects -- Islam
Social work with HIV-positive persons
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Jan-2020
Description: Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS merupakan platform bagi memberi pendedahan, kefahaman dan menyampaikan maklumat terperinci yang tepat mengenai isu-isu HIV/AIDS kepada Pegawai Agama. Ini kerana kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai HIV/AIDS boleh mengundang stigma dan diskriminasi dalam kalangan pegawai agama terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA). Bagaimanapun, bagi membantu ODHA, Pegawai Agama perlu memberi penilaian mereka terhadap Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti reaksi Pegawai Agama terhadap Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS, mengenal pasti pembelajaran yang diperoleh Pegawai Agama dalam Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS, mengenal pasti tingkah laku Pegawai Agama setelah mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS serta mengukur hasil yang diperoleh Pegawai Agama daripada Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan. Pemilihan responden pula dilakukan dengan menggunakan kaedah prosedur pensampelan rawak mudah. Seramai 350 orang Pegawai Agama yang terdiri daripada 12 kategori yang telah menjalani latihan dari tahun 2011 hingga 2014 di seluruh Malaysia dipilih sebagai sampel. Mereka dipilih melalui persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Data dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Pegawai Agama memberi reaksi yang positif terhadap Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS. Dapatan kajian juga menunjukkan program latihan ini memberi kesan terhadap proses pembelajaran dengan peningkatan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Agama. Seterusnya, program latihan ini dapat mengubah tingkah laku Pegawai Agama setelah mengikuti latihan. Hasil program latihan terhadap Pegawai Agama dapat dilihat dengan usaha mereka untuk menyalurkan maklumat mengenai HIV/AIDS kepada masyarakat khususnya ODHA dan mengaplikasikan usaha dakwah kepada ODHA. Impak kajian ini ialah Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS mesti disebarkan kepada Pegawai Agama yang bekerja dengan ODHA.,Ph.D.
Pages: 209
Call Number: RA643.8.H39 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125440+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.