Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487559
Title: Kefahaman dan pendekatan guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran berfikir aras tinggi berteraskan pendekatan Islam
Authors: Tengku Nor Husna Tengku Jamil (P88253)
Supervisor: Hasanah Abd Khafidz, Dr.
Keywords: Pendidikan Islam -- Pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran berfikir aras tinggi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-May-2020
Description: Pendidikan abad ke 21 (PAK 21) memberi penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai dai mestilah menggunakan pendekatan KBAT bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir. GPI sering dikaitkan dengan pengajaran secara tradisional, berpusatkan guru, dan penilaian. Pelajar kurang dirangsang untuk berfikir secara kritis bagi memahami ilmu, sedangkan Rasulullah SAW sebagai murabbi agung, menggunakan pelbagai pendekatan untuk merangsang para sahabat r.a. berfikir. Oleh yang demikian kajian berkaitan kefahaman dan pendekatan GPI yang mempunyai peranan langsung sebagai dai di sekolah dilakukan selaras dengan kepakaran Rasulullah SAW berdakwah menggunakan pendekatan KBAT. Kajian ini bertujuan mengkaji kefahaman GPI terhadap KBAT dan pendekatan GPI terhadap KBAT dalam dakwah Rasulullah SAW serta menganalisis elemen-elemen KBAT dalam dakwah Rasulullah SAW. Kajian kualitatif dilaksanakan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 18 orang GPI yang dikukuhkan dengan analisis dokumen. Proses analisis data menggunakan pendekatan analisis tematik melalui perisian komputer Atlas.ti 8. Hasil kajian bagi objektif pertama mendapati bahawa GPI mempunyai pengetahuan berkaitan KBAT, yang dirumuskan daripada beberapa tema iaitu pengertian, kepentingan, ciri-ciri, serta pendekatan yang diaplikasikan oleh GPI. Bagi objektif kedua dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan GPI telah berjaya menjelaskan peristiwa berkaitan KBAT dalam dakwah Rasulullah SAW melalui tema yang telah terhasil iaitu menaakul, inkuiri, teknik menyoal, kreativiti serta penyelesaian masalah, yang merupakan elemen KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tadabbur, tafakkur, tafqih, taᶜqil serta tadhakkur yang merupakan elemen KBAT al-Quran. Bagi objektif ketiga pula, beberapa peristiwa dianalisis dengan hadis-hadis dan buku-buku yang berkaitan Rasulullah SAW sebagai pembuktian wujudnya elemen-elemen KBAT yang boleh diaplikasikan oleh GPI. Seterusnya, kajian ini menghasilkan model KBAT dalam dakwah Rasulullah SAW yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Implikasi kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak elemen KBAT yang boleh digunakan oleh GPI untuk merangsang dan melatih pelajar untuk berfikir.,Ph.D
Pages: 368
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125437+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.