Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487552
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr. | |
dc.contributor.author | Masitah Idris (P85365) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:56Z | - |
dc.date.issued | 2020-03-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125430 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487552 | - |
dc.description | Perbincangan mengenai Pembangunan Modal Insan memfokuskan manusia sebagai matlamat utama untuk dibangunkan dan manusia juga menjadi matlamat akhir kepada setiap pembangunan yang dijalankan. Pembangunan Modal Insan terhadap manusia perlu bersifat holistik dan seimbang bagi memenuhi keperluan material dan bukan material atau keperluan fizikal dan rohani merangkumi pembangunan minda, jasad, rohani dan emosi. Dalam konteks organisasi, Pembangunan Modal Insan secara menyeluruh kepada pekerja dapat dilihat menerusi pelaksanaan program Pembangunan Modal Insan atau program latihan. Ini kerana, tujuan utama program Pembangunan Modal Insan dilaksanakan kepada pekerja adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pekerja mengenai bidang tugas, menambahkan kemahiran tertentu yang spesifik atau khas serta memberi impak perubahan terhadap sikap di tempat kerja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti dalam kajian lepas dalam melaksanakan Pembangunan Modal Insan di JHEAT melibatkan beberapa aspek seperti komitmen kakitangan, pengurusan masa dan program itu sendiri. Hal ini menimbulkan persoalan adakah pelaksanaan program Pembangunan Modal Insan di JHEAT benar-benar memberi kesan kepada diri kakitangan itu sendiri dan apakah kesannya kepada kualiti kerja khususnya kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional. Justeru, objektif kajian ini ialah pertama, mengkaji kesan program Pembangunan Modal Insan kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional JHEAT. Kedua, mengkaji tahap kualiti kerja pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional JHEAT dan ketiga, menganalisis peranan komitmen terhadap program Pembangunan Modal Insan dan kualiti kerja pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional JHEAT. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 21. Ujian korelasi Pearson dan Regrasi telah digunakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Seramai 53 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional JHEAT gred 41 dan ke atas menjadi sampel di dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan terhadap kesan pelaksanaan Pembangunan Modal Insan dengan pertambahan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap pekerja. Hasil kajian juga menunjukkan tahap kualiti kerja pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional JHEAT adalah tinggi. Selain itu, hasil kajian turut membuktikan komitmen memainkan peranan penting terhadap kejayaan pelaksanaan program Pembangunan Modal Insan dan memberi kesan yang positif dan signifikan. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan program Pembangunan Modal Insan, pengkaji mencadangkan kepada JHEAT untuk mengurus dan melaksanakan program Pembangunan Modal Insan kepada pekerja dengan lebih sistematik dan berkala berpandukan kepada Model Latihan Sistematik supaya program Pembangunan Modal Insan yang dilaksanakan dapat ditentukan keberkesanannya kepada kakitangan dan dapat memberi kesan secara menyeluruh dan holistik dari aspek fizikal dan rohani pekerja dalam meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi JHEAT sebagai institusi pentadbiran hal ehwal Islam di peringkat negeri.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Human capital -- Training of | |
dc.subject | Employees -- Training of | |
dc.subject | Manpower planning | |
dc.subject | Human capital -- Management | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Impak program pembangunan modal insan terhadap komitmen dan kualiti kerja pegawai kumpulan pengurusan dan profesional Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 232 | |
dc.identifier.callno | HD4904.7.M347 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004994(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.