Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487533
Title: al-Dalalah al-sawtiyyah 'inda Ibn Jinni :tatbiqiyyah fi al-quran al-karim fi al-juz' al-thalathin
Authors: Muhammad Anis (P40462 )
Supervisor: Salmah Ahmad, Prof Madya
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Arabic language -- Semantics
Issue Date: 17-Feb-2012
Description: Kajian ini membahas tentang teori simulasi antara bunyi perkataan dan maknanya menurut Ibn Jinni -seorang ahli bahasa kurun ke-4H- yang dipaparkan dalam beberapa bab dalam karyanya al-Khasa'is, serta penerapannya terhadap al-Qur'an al-Karim juzuk ketigapuluh. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh sejarah pada masa Ibn Jinni terhadap kehidupan dan kepakaran beliau. Ia juga menjelaskan teori Ibn Jinni tentang kesesuaian atau simulasi antara perkataan dan maksudnya. Kajian ini cuba menerapkan teori simulasi Ibn Jinni ini pada al-Qur'an al-Karim juzuk ketigapuluh. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode diskriptif, dengan cara mengumpul maklumat dan pandangan yang tepat melalui kajian kepustakaan. Maklumat tersebut pula dianalisis menggunakan metode analisis sejarah dan bahasa yang dapat menghasilkan natijah yang tepat tentang kehidupan Ibn Jinni dan teorinya tentang kesuaian perkataan dan maknanya, serta penerapannya dalam al-Qur'an juzuk ketigapuluh. Antara dapatan kajian ini didapati bahawa Ibn Jinni merupakan seorang daripada ulama yang lahir di negara yang mementingkan perkembangan ilmu bahasa dan agama. Beliau berguru dengan ulama-ulama bahasa dan sastera sezamannya, seperti al-Akhfash, al-Mutanabbi dan Abu cAli al-Farisi. Al-Farisi adalah seorang ulama yang banyak mempengaruhi kepakaran beliau dalam bidang nahu dan saraf. Beliau menggali khazanah ilmu bersamanya lebih daripada 40 tahun sama ada dalam keadaan mukim ataupun musafir. Dalam konteks penciptaan teori simulasi antara bunyi perkataan dan maknanya, beliau terpengaruh dengan pandangan dua tokoh ulama sebelumnya; iaitu al-Khalil dan Sibawayh. Namun begitu, beliau meluaskan kajiannya serta mengembangkannya sehingga mampu menulis beberapa bab berkaitan teori tersebut dalam kitabnya. Dalam teori ini, Ibn Jinni bersandarkan kepada bentuk saraf (morfologi) dan fonetik huruf bahasa Arab dari segi sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya huruf). Teori simulasi antara bunyi perkataan dan maknanya ini dapat diterapkan pada sebahagian besar ayat-ayat al-Qur'an juzuk ketigapuluh, sementara sebahagian kecil ayat juzuk tersebut tidak dapat diterapkan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 159
Call Number: PJ6184.M844 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487533
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121452+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.