Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487532
Title: | 'Uqud al-amn fi al-fiqh al-islami :|bdirasat muqaranah bi-al-qanun al-duwali |
Authors: | Isma'il Rashid 'Abud al-Mashaqbih (P42417) |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Peace treaties Contracts (International law) |
Issue Date: | 30-Aug-2012 |
Description: | Kajian ini menggarap satu daripada aspek penting dalam perhubungan dengan komuniti non-muslim, iaitu Perjanjian Keamanan yang dibandingkan dengan Undang-undang Antarabangsa. Permasalahan kajian ini ialah untuk menjawab beberapa persoalan antaranya ialah, apakah faktor utama kewujudan Perjanjian Keamanan dan sejauhmanakah keberkesanan pengaplikasian Perjanjian Keamanan ini dalam era kontemporari yang didominasi oleh undang-undang ciptaan manusia. Kajian ini bertujuan untuk menghimpun hukum hakam berkaitan Perjanjian Keamanan dalam fekah Islam dan membandingkannya dengan Undang-undang Antarabangsa, dengan menghimpunkan hasil usaha ulama silam dan menjelaskan hukum hakam terkini berkaitan permasalahan itu di samping mencadangkan jalan penyelesaian yang betul terhadap permasalahan yang timbul. Metode yang digunakan ialah metode penelitian secara menyeluruh, dengan meneliti pendapat para sarjana fekah di samping memberi penjelasan terhadap titik-titik pemuafakatan dan perselisihan serta membuat perbandingan antara pendapat para fuqaha' di samping membincang dan mentarjihkannya berdasarkan dalil yang terkuat. Kajian juga menggunakan metode perbandingan dengan memaparkan bahan daripada Undang-undang Antarabangsa yang berkaitan dengan tajuk, kemudian dilakukan perbandingan terhadap Perjanjian Keamanan antara Fekah Islam dan Undang-undang Antarabangsa dan dilihat sejauhmanakah Undang-undang Antarabangsa ini bertepatan dengan Syariat Islam. Antara dapatan penting kajian ini ialah; bahawa perjanjian-perjanjian yang dikaji ini boleh mendatangkan keamanan dan boleh membendung pertumpahan darah, pencerobohan hartabenda dan kehormatan diri. Kesemuanya bergantung kepada maslahat dan keperluan. Perjanjian tersebut juga dari sudut syariat adalah harus selagi ia tidak membawa kepada kemudaratan atau kerosakan. Syarat-syarat Perjanjian Keamanan dalam Undang-undang Antarabangsa adalah bertepatan dengan Fekah Islam dari sudut prinsip dan objektifnya, iaitu demi mencapai tahap keamanan untuk individu mahupun komuniti. Kajian ini juga mendapati bahawa sebahagian besar persepakatan dan perjanjian antarabangsa ada mengaplikasi salah satu daripada bentuk Perjanjian Keamanan (cUqud al-Amn). Namun begitu, Perjanjian Keamanan dalam Fekah Islam adalah lebih meluas dan menyeluruh dari segi kandungan dan tujuannya, cuma ia tidak dikanunkan sebagaimana perihalnya dalam Undang-undang Antarabangsa.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 327 |
Call Number: | K.M347 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487532 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121445+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.73 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.