Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487528
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Arifin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorArrabea Emad Hamza M (P72386)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:41Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:41Z-
dc.date.issued2019-02-25-
dc.identifier.otherukmvital:121141-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487528-
dc.descriptionMeskipun organisasi dan pertubuhan hak asasi manusia moden menganggap fenomena perhambaan adalah satu jenayah, namun ia masih wujud dalam pelbagai bentuk baru di era moden ini. Penyair Muhammad al-Fayturi mengutuk perhambaan itu secara khusus dalam mesej puisinya. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk memahami isu perhambaan menurut Muhammad al-Fayturi dan mengimbas garapan gaya puisinya berkaitan isu tersebut. Kajian ini juga berusaha untuk menyingkap tahap kesenian yang membentuk pengalaman penyair, pengetahuannya mengenai bentuk sastera, dan tahap linguistik beliau dalam menyerlahkan isu perhambaan. Kajian ini menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Maklumat tentang penyair dan eranya dikumpul dan dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif, menggunakan metode stilistik dengan instrumen statistik. Selain meneliti teks penyair menggunakan metode analisis tekstual dan mekanisme bahasa dan kritikan sastera, kajian juga menggunakan metode deskriptif yang memanfaati usaha para pengkritik sastera dan ahli retorik silam dan kontemporari untuk meneliti struktur dalaman dan luaran teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wawasan penyair mengenai isu perhambaan ini meliputi pelbagai subjek dan kutukannya terhadap semua bentuk perhambaan melalui pelbagai isu; sama ada isu sosial seperti perhambaan di Afrika, isu politik seperti kolonisme dan revolusi Arab, isu budaya seperti diskriminasi kaum dan isu falsafah seperti gerakan sufisme dan pembebasan jiwa. Kajian ini juga menemui tiga era seni utama dalam pengalaman penyair; era Afrika, era sufisme, dan era realisme. Kajian juga memperlihatkan kepelbagaian kaedah penyair sama ada kaedah tradisional yang diwarisi dan teknik puisi moden, hasil daripada pengalaman penyair yang pelbagai dan perkembangan instrumen keseniannya. Bentuk tradisional puisi al-Khalil terserlah dalam puisinya, sebagaimana terdapat juga bentuk puisi moden. Kajian juga menunjukkan bahawa Muhammad al-Fayturi memiliki gaya bahasanya tersendiri, dalam mengungkapi pandangan peribadinya berkaitan isu perhambaan. Penyelidikan ini berharap dapat meningkatkan minat khalayak untuk menangani puisi al-Fayturi dan menggalakkan usaha penyelidikan melalui terjemahan, kajian kesuasteraan, teknikal dan kajian perbandingan. Kajian juga menjangkakan ia dapat menarik perhatian kepada bentuk-bentuk baru berkaitan isu perhambaan dalam puisi al-Fayturi dan puisi penyair lain dan mengambilkira sudut pandangan mereka yang membina dan meluas dalam isu berkaitan serta menentang segala bentuk perhambaan yang tradisional dan kontemporari.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPerhambaan-
dc.subjectMuhammad al-Fayturi-
dc.subjectPuisi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian kritikan isu perhambaan dalam puisi Muhammad al-Fayturi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages221-
dc.identifier.barcode004844(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121141+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.