Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487521
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAbu Dardaa Mohamad (P72727)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:38Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:38Z-
dc.date.issued2019-11-09-
dc.identifier.otherukmvital:121134-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487521-
dc.descriptionPerkembangan ilmu kaunseling di Malaysia menuntut pendekatan kerohanian yang lebih menyeluruh, khususnya dalam kalangan kaunselor Muslim. Tazkiyat al-nafs adalah sebuah konsep asas penyucian jiwa yang terkandung dalam dunia keilmuan Islam serta mampu membantu perkembangan pendekatan kaunseling. al-Ḥārith bin Asad al-Muḥāsibī adalah antara figura Islam terawal yang menghasilkan karya mengenai tazkiyat al-nafs. Walau bagaimanapun, al-Muḥāsibī belum menjadi tokoh yang dirujuk dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Maka ia memerlukan kajian dan susunan untuk dijadikan sebuah pendekatan dalam kaunseling Islam. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep tazkiyat al-nafs dalam Islam dan perkaitannya dengan kaunseling Islam. Selain itu, kajian ini bertujuan mengklasifikasikan konsep tazkiyat al-nafs menurut al-Muḥāsibī dan menganalisis pendekatan tersebut dalam kaunseling Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes. Sampel kajian pula dipilih secara bertujuan melibatkan empat orang kaunselor berdaftar di Malaysia yang ditemu bual secara mendalam. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik menerusi perisian NVivo 11. Hasil kajian mendapati al-Muḥāsibī mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan tazkiyat al-nafs dan konsep tazkiyat al-nafs menurut beliau diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu ḥifẓ al-ṣiḥḥah (menjaga kesihatan) dan juga al-ᶜilāj (rawatan). Dapatan juga menunjukkan bahawa konsep tazkiyat al-nafs al-Muḥāsibī ada dilaksanakan dalam sesi kaunseling serta memberi kesan yang positif kepada klien. Pelaksanaannya berlaku tanpa pengetahuan para kaunselor serta tidak tersusun. Para kaunselor juga bersetuju agar ia disusun sebagai sebuah pendekatan yang sesuai dengan kaunseling. al-Muḥāsibī bukan sahaja telah melakukan pembaharuan dalam penulisan dakwah, bahkan beliau juga melakukan pembaharuan dalam pendekatan penyucian jiwa yang patut diberikan perhatian oleh para kaunselor Muslim. Secara keseluruhannya, pendekatan tazkiyat al-nafs menurut al-Ḥārith bin Asad al-Muḥāsibī mempunyai dua tatacara iaitu ḥifẓ al-ṣiḥḥah dan juga al-ᶜilāj di mana kedua-dua tatacara ini memberi implikasi kepada perkembangan disiplin kaunseling Islam khususnya dari segi pencegahan, perkembangan dan rawatan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTazkiyat al-Nafs-
dc.subjectKaunseling-
dc.subjectal-Muhasibi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePendekatan tazkiyat al-Nafs menurut al-Muhasibi dalam kaunseling Islam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages403-
dc.identifier.barcode004853(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121134+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.