Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487516
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Indriaty Ismail, Dr. | - |
dc.contributor.author | Kamal Azmi Abd. Rahman (P56642) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:34Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:34Z | - |
dc.date.issued | 2019-11-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120909 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487516 | - |
dc.description | Miskawayh adalah seorang ahli falsafah yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembentukan falsafah etika Islam. Melalui penulisan beliau, falsafah etika atau akhlak terbentuk menjadi satu disiplin ilmu Islam. Sintesis dasar-dasar ajaran Islam dengan falsafah Yunani membuktikan keaslian idea beliau terutamanya di dalam magnum opus, Tahdhīb al-Akhlāq. Pemikiran etika Miskawayh turut mempengaruhi penulisan tokoh-tokoh lain selepasnya seperti al-Ghazālī dan al-Ṭūsī. Manakala, bagi tujuan perbandingan, kajian memilih seorang pemikir Barat, William James. Sebagai seorang ahli psikologi dan ahli falsafah, James telah merubah landskap pemikiran Barat melalui gagasan idea pragmatisme. Pragmatisme mementingkan nilai guna atau manfaat bagi sesebuah idea serta menolak matafizik. Oleh itu, neraca pertimbangan pragmatik adalah workability dan functionality atau kebolehgunaan sesuatu idea dalam kehidupan manusia. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa kesarjanaan Miskawayh dan James berdasarkan kepada biografi, pendidikan, penulisan dan pemikiran terutamanya yang berkaitan dengan falsafah etika. Kajian akan meneliti idea-idea interaksi sosial dan hubungannya dengan perbahasan falsafah etika. Selain itu, ia juga bertujuan untuk merumuskan idea interaksi sosial yang terkandung di dalam falsafah etika Miskawayh dan James. Kemudian, kajian akan melakukan analisis perbandingan mengenai kepentingan interaksi sosial dalam falsafah etika Miskawayh dan James. Kajian ini berbentuk kualitatif yang akan mentafsir data melalui kaedah analisis kandungan. Pandangan kedua-dua tokoh dianalisis berdasarkan kepada penulisan mereka terutamanya Tahdhīb al-Akhlāq oleh Miskawayh, Talk to Teachers on Psychology and to Students on Some of Life's Ideals dan The Will to Believe oleh James serta beberapa dapatan kajian lain yang signifikan. Kajian mendapati bahawa kedua-dua tokoh memberikan penekanan terhadap interaksi sosial dalam perbahasan etika. Perbahasan interaksi sosial Miskawayh terkandung di dalam prinsip manusia sebagai makhluk sosial atau madaniyyun bi al-ṭabʿi manakala James melalui idea sentient beings. Deduktif daripada prinsip tersebut dan idea aretaic serta meliorisme, kedua-dua tokoh berpandangan bahawa perhubungan sosial adalah medium untuk merealisasikan etika. Walau bagaimanpun, terdapat perbezaan yang mendasar dalam sistem nilai yang menjelaskan tentang hubungan antara etika dan interaksi sosial. Miskawayh melihat etika secara rasional-falsafah menurut teologi Islam, manakala James melihat etika sebagai instrumental dan sekular. Oleh itu, walaupun kedua-dua tokoh memberikan penekanan terhadap interaksi sosial dalam perbahasan kasih sayang dan persahabatan serta pendidikan akhlak, falsafah etika Miskawayh adalah stabil dan objektif manakala falsafah etika James pula bersifat relatif dan subjektif.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Islamic ethics | - |
dc.subject | Muslims -- Conduct of life | - |
dc.title | Interaksi sosial dalam falsafah etika Miskawayh (M.1030) dan William James (M.1910) | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 257 | - |
dc.identifier.callno | BJ1291 .K336 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002928 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120909+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.