Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487509
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkarnain bin Mohamed, Dr.-
dc.contributor.authorNajjah Salwa Abd Razak (P56646)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:30Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:30Z-
dc.date.issued2016-11-01-
dc.identifier.otherukmvital:120841-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487509-
dc.descriptionPenggunaan bahasa sasaran tidak dinafikan mempunyai peranan penting bagi tentera yang bertugas di luar negara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dilibatkan dengan penugasan di luar negara seperti negara Arab. Bagi memenuhi keperluan bahasa tentera, suatu program pendidikan bahasa perlu dilaksanakan dengan menggunakan kurikulum yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, kandungan bagi kursus-kursus bahasa Arab yang sesuai dengan tujuan anggota KAGAT yang ditugaskan di negara Arab masih belum dikenal pasti. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membina kandungan bagi kursus-kursus bahasa Arab untuk tujuan penugasan anggota KAGAT di negara Arab. Secara khusus kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji penggunaan dan peranan bahasa Arab untuk tujuan penugasan anggota KAGAT di negara Arab di samping menganalisis budaya Arab tempatan mengikut keperluan pendidikan bahasa mereka. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji keperluan bahasa Arab, dan mereka bentuk kandungan kursus-kursus bahasa Arab tersebut. Kajian ini turut menganalisis pandangan pakar terhadap kandungan kursus-kursus tersebut. Dari segi metodologi, kajian ini ialah kajian multi-kes yang merangkumi siri temu bual anggota KAGAT yang pernah dilibatkan dalam penugasan di luar negara (negara Arab), tenaga pengajar bahasa Arab dalam kalangan KAGAT dan pihak penggubal kurikulum. Data temu bual telah ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan perisian NVivo9. Triangulasi dilaksanakan dengan menggunakan peserta kajian yang berlainan dan dokumen-dokumen seperti gambar, dokumen Markas Angkatan Bersama serta buletin KAGAT. Berdasarkan dapatan kajian ini, kandungan bagi kursus-kursus bahasa Arab telah dibina yang dinamakan sebagai 'Kandungan Kursus-kursus Bahasa Arab untuk Tujuan Penugasan Anggota KAGAT di Negara Arab' atau kandungan KBAKPA. Kandungan KBAKPA tersebut kemudiannya ditambah baik melalui pandangan pakar dari pelbagai bidang menggunakan soal selidik teknik fuzzy Delphi. Kajian ini mengemukakan kandungan KBAKPA yang menyenaraikan objektif dan elemen-elemen berkaitan kandungan kursus yang perlu diterapkan bagi tujuan operasi di negara Arab. Kajian ini memberi sumbangan sebagai panduan untuk membina kandungan kursus bahasa Arab khususnya untuk tujuan operasi serta menyarankan kandungan bagi kursus-kursus bahasa Arab sebagai panduan pendidikan bahasa untuk tentera dan orang awam yang bertugas di negara Arab.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic language--Conversation and phrase books (for soldiers-
dc.subjectetc.)--Study and teaching-
dc.titlePembinaan kandungan kursus-kursus Bahasa Arab untuk tujuan penugasan anggota KAGAT di negara Arab-
dc.typeTheses-
dc.format.pages422-
dc.identifier.callnoPJ6309.N336 2016 tesis-
dc.identifier.barcode002980 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120841+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.