Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487507
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorWaeamrene Waepa (P72797)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:29Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:29Z-
dc.date.issued2019-01-05-
dc.identifier.otherukmvital:120797-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487507-
dc.descriptionPengurusan zakat yang cekap dan berkesan dituntut oleh ajaran agama Islam. Tamadun Islam menunjukkan banyak usaha dan inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan pengurusan zakat berada pada tahap yang cemerlang demi memastikan hikmah pelaksanaannya memberi kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam sepanjang sejarah. Bagi masyarakat Muslim di Thailand,pengurusan zakat berada pada tahap yang sederhana dan tidak sistematik. Kesedaran tanggungjawab berzakat di kalangan masyarakat Islam di Thailand masih di tahap rendah. Kajian ini bertujuan meneliti kedudukan fardu berzakat bagi masyarakat minoriti Muslim di Bangkok Thailand dari perspektif fiqh masa kini. Di samping itu, ia juga menganalisa pencapaian dan cabaran yang dihadapi oleh tiga institusi pengurusan zakat di Bangkok hari ini iaitu Majlis Agama Islam Bangkok, Yayasan Pusat Islam Bangkok dan Yayasan Islam Santichon Bangkok. Ketiga-tiga institusi ini menjadi wadah dalam menyempurnakan kewajipan berzakat oleh masyarakat di Bangkok. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif berasaskan kepada metod analisis dokumen secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan institusi pengurusan zakat di Bangkok telah wujud dan memainkan peranan dalam proses kutipan dan agihan zakat kepada golongan yang memerlukan. Namun, pencapaian pengurusan zakat di tiga institusi pengurusan zakat tersebut adalah di tahap sederhana. Kajian mendapati ketiga-tiga institusi pengurusan zakat di Bangkok menghadapi cabaran perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan yang menjadi antara penghalang kemajuannya. Implikasi kajian memberi pendedahan terhadap pencapaian pengurusan zakat di Bangkok hari ini serta penambahbaikan pada masa akan datang. Kajian mengesyorkan keperluan pengukuhan pengurusan zakat secara profesional dan sistematik sebagai langkah strategik ke arah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan zakat di Bangkok pada masa depan. Akta zakat hendaklah digubal bagi meningkatkan penyelarasan kecekapan pentadbiran, meningkatkan keupayaan dan mengurangkan pertindihan dan pembaziran sumber manusia dalam pengurusan zakat di kalangan masyarakat Islam di Bangkok.,Tesis ini tidak ada " Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectZakat-
dc.subjectIslamic giving-
dc.subjectIslam -- Charities-
dc.subjectMuslims -- Thailand-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengurusan zakat dalam masyarakat minoriti Muslim di Bangkok-
dc.typeTheses-
dc.format.pages228-
dc.identifier.callnoBP180.W334 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004758(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120797+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
916.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.