Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487506
Title: Tema dan metode kritikan raḥmatullāh al-Kayrānawī terhadap Bible berdasarkan kitab Izhār al-Ḥaq
Authors: Wan Haslan Khairuddin (P67023)
Supervisor: Indriaty Ismail, Dr.
Keywords: Rahmat Allah ibn Khalil al-Rahman 1818-1891
Izhar al-haqq
Islam -- Relations -- Christianity
Islam -- Controversial literature
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Dec-2018
Description: Kajian ini merupakan analisis terhadap kitab Izhār al-Ḥāq karya Raḥmatullah al-Kayrānawī (1818-1891). Dalam kajian ini, tema dan metode kritikan al-Kayrānawī terhadap Bible telah dipilih sebagai fokus kajian serta Izhār al-Ḥāq sebagai subjek analisis kajian. Kajian ini secara umumnya dilaksanakan untuk menganalisis intipati kritikan al-Kayrānawī terhadap Bible dalam Izhār al-Ḥāq. Izhār al-Ḥāq merupakan karya mutakhir paling berpengaruh dalam perdebatan Islam-Kristian (al-jadl al-Islamī al-Masīḥī) selepas abad ke-19. Kajian ini secara spesifik dilakukan untuk meneliti latar belakang sejarah penulisan Izhār al-Ḥaq, menganalisis pengaruh karya-karya kritikan terhadap Kristian (al-radd 'alā al-naṣārā) oleh para sarjana Muslim sebelum Izhār al-Ḥaq dan mengkaji tema-tema serta metode-metode kritikan al-Kayrānawī terhadap Bible dalam Izhār al-Ḥaq. Objektif kajian ini dicapai menggunakan metode kajian kualitatif berdasarkan reka bentuk analisis kandungan teks. Pemerolehan dan pengumpulan data dalam kajian ini bersandarkan kepada metode dokumentasi. Manakala penganalisisan data kajian ini berasaskan kepada metode induktif, metode deduktif, metode komparatif dan metode persejarahan. Dapatan kajian merumuskan bahawa Izhār al-Ḥaq merupakan dokumentasi karya-karya terawal al-Kayrānawī dalam perdebatan Islam-Kristian dan dokumentasi perdebatan agung bersejarah antara al-Kayrānawī dan Karl Gottlieb Pfander (1803-1865) pada tahun 1854 di Agra, India. Selain itu, Izhār al-Ḥaq merupakan karya mutakhir yang mencapai tahap kematangan dengan pengaruh dan pengalaman karya-karya terawal yang telah melalui peringkat pengasasan, pengkaedahan dan kesempurnaan. Dari aspek tema kritikan al-Kayrānawī terhadap Bible, tema-tema autoriti Bible, penyelewengan Bible dan pemansuhan Bible adalah pengembangan 'tema induk' kritikan para sarjana Muslim yang dua iaitu al-shahādatayn yang bertujuan membatalkan dakwaaan ketuhanan al-Masīḥ dan mensabitkan kenabian Muhammad SAW. Manakala dari aspek metode, kajian ini menyimpulkan empat metode sistematik dalam kritikan al-Kayrānawī terhadap Bible iaitu metode pemerolehan, metode pemaparan, metode penghujahan dan metode pengukuhan. Keempat metode ini kemudian diperincikan lagi dalam bahagiannya dengan lebih spesifik. Meskipun kajian ini memfokuskan kepada tema dan metode kritikan terhadap Bible, namun hasil kajian dapat dimanfaatkan dengan lebih luas pada hari ini dalam konteks diskusi, dialog dan debat antara agama-agama (al-ḥiwār bayn al-adyān).,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 402
Call Number: BP172.W296 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120796+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.