Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487502
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorAishah Juri (P67029)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:26Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:26Z-
dc.date.issued2019-05-03-
dc.identifier.otherukmvital:120792-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487502-
dc.descriptionTafsir al-Quran al-Azim yang dikenali sebagai Tafsir Ibn Kathir mengandungi qira'at mutawatirah dan qira'at shadhdhah yang bercampur aduk. Ibn Kathir sering mengemukakan qira'at shadhdhah tanpa sebarang ulasan. Kadang kala qira'at shadhdhah tersebut disandarkan kepada salah seorang qurra' sabcah tanpa dijelaskan statusnya. Beliau turut mengemukakan qiraat tanpa menyandarkannya kepada mana-mana qurra'. Oleh itu, takhrij al-qira'at perlu diaplikasi ke atas Tafsir Ibn Kathir untuk mengasingkan qiraat-qiraat tersebut mengikut status dan menjelaskan sandaran qiraat-qiraat tersebut kepada perawinya. Kajian ini bertujuan menganalisis status qiraat dan penyandarannya serta pendekatan Ibn Kathir ketika berinteraksi dengan qiraat dalam kitab tafsir tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data kajian diperolehi daripada riwayat qiraat yang terdapat dalam Tafsir Ibn Kathir dan dianalisis menggunakan pendekatan penilaian status qiraat dan qurra' secara deskriptif. Terdapat dua kaedah penyandaran qira'at mutawatirah dan qira'at shadhdhah yang diguna pakai oleh Ibn Kathir iaitu sama ada berdasarkan peringkat periwayatan ataupun berdasarkan aspek-aspek lain seperti nama tempat, dialek serta mushaf. Peringkat periwayatan ini merujuk kepada peringkat sandaran yang bersambung sama ada sehingga Rasulullah SAW, sahabat, tabiin, selepas tabiin, qurra' sabcah, qurra' thalathah dan qurra' arbacah. Ibn Kathir didapati menggunakan lapan pendekatan ketika berinteraksi dengan qiraat dalam kitab tafsirnya iaitu penggunaan rujukan sumber yang pelbagai, pembentangan pelbagai jenis qiraat, penyandaran qiraat kepada qurra' atau tiada penyandaran, penjelasan bentuk gaya bacaan qiraat, pembentangan usul al- qira'at dan farsh al-huruf, pengaplikasian metode tawjih, tarjih dan ikhtiyar al-qira'at, penyebutan sabcah ahruf dan penjelasan hubungan qiraat dengan waqf dan ibtida'. Hasil kajian mendapati jumlah qiraat yang terdapat dalam kitab tafsir ini ialah sebanyak 511 nukilan yang melibatkan 596 gaya bacaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 351 gaya bacaan pada 299 nukilan adalah qira'at mutawatirah dan 245 gaya bacaan pada 212 nukilan adalah qira'at shadhdhah. Daripada 212 nukilan qira'at shadhdhah, status 74 nukilan dikemukakan dengan jelas manakala 138 nukilan tidak dijelaskan. Implikasi dapatan kajian menunjukkan status dan penyandaran sesuatu qiraat dalam Tafsir Ibn Kathir masih memerlukan kitab qiraat muktabar yang lain dalam menjelaskan dan mengesahkannya. Kajian ini dapat menambah nilai dan menyediakan rujukan yang sahih dan tepat untuk para sarjana yang berinteraksi dengan qiraat dalam kitab tafsir tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Readings-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTakhrij al-Qira'at dalam Tafsir Ibn Kathir-
dc.typeTheses-
dc.format.pages282-
dc.identifier.barcode004753(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120792+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.