Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487499
Title: Status non Muslim dalam sistem politik negara Indonesia : analisis fikah semasa
Authors: Hermanto Harun (P42696)
Supervisor: Mohamad Nasran Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Islam and state -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 20-May-2012
Description: Islam dan Indonesia merupakan dua identiti yang selalu berhubung kait dalam perbincangan hubungan agama dengan negara. Sebagai agama yang diyakini oleh majoriti rakyat Indonesia, semestinya ajaran Islam boleh mencorak kehidupan rakyat di Indonesia, sama ada dalam hubungan sosial, budaya, ekonomi mahupun politik, sesuai dengan sifat ajaran Islam yang sejagat. Di Indonesia, Islam tidak dijadikan rujukan utama dalam sistem perlembagaan negara. Pancasila adalah falsafah negara yang mengiktiraf enam agama rasmi negara, iaitu, Islam, Katolik, Protestan, Hindu,Buddha dan Konghucu. Semua pengikut agama-agama berkenaan, sama ada Muslim mahupun non Muslim, adalah sama statusnya dalam perundangan negara, dalam perkara-perkara yang berkaitan hak mahupun kewajipan mereka terhadap negara. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep negara menurut perspektif Islam dan hubungannya dengan negara Indonesia, dan status non Muslim di Indonesia, sama ada mereka boleh disamakan dengan ahl dhimmah, mucahidun, musta'minun atau mustawtinun sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab-kitab fikah terdahulu. Keduanya mengkaji sama ada hak dan kewajiban non Muslim dalam sistem perundangan negara Indonesia sama sebagaimana menurut perspektif siyasah sharciyah. Metodologi penyelidikan adalah kualitatif iaitu penyelidikan kepustakaan (library research). Kajian juga menggunakan metod analisis kandungan (content analysis) dengan menggunakan pendekatan analisis diskriptif (descriptive analysis). Kajian mendapati bahawa Indonesia bukan dawlah Islamiyah (Islamic state) tapi hanya moslem state (al-balad al-Islamly). Justeru, status politik non Muslim di Indonesia tidak sama dengan konsep dhimmi, mucahid, musta'min, sebagaimana kajian fikah terdahulu, tapi mereka adalah mustawtinun (warganegara) yang mempunyai hak dan kewajipan yang sama sebagaimana golongan muslim, terhadap negara. Mereka tidak terhalang untuk menduduki semua jawatan tinggi negara. Walaubagaimanapun, hak untuk menduduki jawatan Presiden Republik Indonesia masih perlu pertimbangan yang mendalam, kerana dikhuatiri menjejaskan maslahat golongan majoriti.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 246
Call Number: BP63.I5H447 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487499
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120743+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
989.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.