Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487498
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Arifin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZulazhan Ab. Halim (P40418)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:24Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:24Z-
dc.date.issued2012-03-22
dc.identifier.otherukmvital:120733
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487498-
dc.descriptionTesis ini merupakan satu kajian tentang kebolehbacaan buku teks Miftah al-balaghah di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kebolehbacaan ialah tahap sesuatu bahan bacaan sama ada sukar atau senang yang boleh mempengaruhi kefahaman pembaca. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap kebolehbacaan buku teks Miftah al-balaghah dan mengenal pasti ciri-ciri linguistik yang mempengaruhi tahap kebolehbacaan buku berkenaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, dua instrumen kajian digunakan, iaitu ujian kloz dan analisis linguistik teks. Ujian kloz ialah satu bentuk ujian mengisi tempat kosong. Ia dibina dengan menggugurkan beberapa patah perkataan dan pelajar perlu menggunakan semaksimum mungkin pembayang-pembayang konteks yang ada dalam meneka perkataan yang digugurkan. Sebanyak tiga teks telah dipilih daripada buku teks Miftah al-balaghah untuk dijadikan teks ujian kloz dan analisis linguistik. Sampel untuk ujian kloz terdiri daripada 443 orang pelajar STAM dari 12 buah sekolah menengah agama di seluruh Malaysia. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menghurai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis terhadap data kajian mendapati min skor keseluruhan ujian kloz berada pada tahap kecewa manakala ciri linguistik yang menyebabkan kesukaran teks ialah kompleksiti ayat dan ia adalah lebih dominan berbanding cir-ciri linguistik yang lain. Dapatan kajian ini menunjukkan buku Miftah al-balaghah tidak sesuai dijadikan buku teks untuk mata pelajaran balaghah di peringkat STAM kerana tahap kebolehbacaannya tidak sepadan dengan tahap kebolehan membaca pelajar.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectReading (Secondary) -- Malaysia
dc.subjectTextbooks -- Readability
dc.subjectArabic language -- Rhetoric -- Textbooks
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKebolehbacaan buku teks balaghah Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah-sekolah menengah agama negeri
dc.typeTheses
dc.format.pages206
dc.identifier.callnoLB3045.8.Z836 2012 tesis
dc.identifier.barcode002920 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120733+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.