Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487497
Title: | Nur Muhammad dalam tasawuf : kajian teori Nur Muhammad komuniti Abulung di Kalimantan |
Authors: | Nur Kolis (P37349) |
Supervisor: | Faudzinnaim Hj. Badaruddin, Prof.Madya Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Sufism-Indonesia-Kalimantan |
Issue Date: | 28-Jan-2012 |
Description: | Nūr Muhammad adalah satu teori yang penting dalam tasawuf. Kajian ini tentang teori Nūr Muhammad dalam tasawuf yang difahami dan diamalkan oleh Komuniti Abulung, Kalimantan Selatan, Indonesia. Komuniti Abulung adalah sekumpulan masyarakat yang mengenalkan diri mereka sebagai pengikut ajaran Syeikh Abdul Hamid Abulung, seorang ulama sufi kontroversi yang hidup di tanah Banjar Kalimantan Selatan pada abad ke-18 Masihi. Ahli komuniti Abulung mengamalkan tawhid berdasarkan paradigma pemikiran Nūr Muhammad. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan teori Nūr Muhammad dalam ilmu tasawuf di Nusantara, khasnya sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh Komuniti Abulung. Kajian ini juga mengenalpasti metode yang diterapkan oleh ahli komuniti Abulung dalam mengamalkan teori Nūr Muhammad. Kajian ini juga mendedahkan pengalaman kerohanian dan perkara luar biasa yang boleh dicapai oleh Komuniti Abulung menerusi amaliyah Nūr Muhammad. Kajian ini menggunakan metode kajian kualitatif di mana pengkaji menganalisa data dengan menggunakan kaedah analisa kandungan dokumen. Pengkaji juga menggunakan pendekatan penyelidikan persejarahan (historical research) di mana identifikasi mengenai keperluan terhadap pengetahuan sejarah (historical knowledge) telah dilakukan dan maklumat-maklumat yang berkaitan telah dikumpulkan daripada sumber manuskrip, buku-buku, risalah, pengalaman dan maklumat perseorangan mengenai subjek yang dikaji. Kajian ini mendapati bahawa teori Nūr Muhammad dalam perspektif Komuniti Abulung bukan semata terfokus kepada konsep kosmologi sahaja, akan tetapi merangkum pengetahuan tentang Tuhan dan hubungannya dengan alam ciptaan-Nya. Kajian ini mendapati, dalam teori Nūr Muhammad Komuniti Abulung terdapat metode yang dikenali sebagai mushahadah yang diamalkan melalui salat da'im dan zikr. Teori Nūr Muhammad yang diamalkan dengan metode mushahadah oleh pengamalnya boleh mencapai pengalaman kerohanian yang tinggi, iaitu kesedaran akan Wujud Allah yang Maha Esa yang tiada wujud selain-Nya. Kesedaran yang demikian membolehkan pengamalnya memasuki maqam fana', baqa', ittihad, dan hulūl. Selain itu, pengamal Nūr Muhammad boleh mendapat anugerah sebagai Awliya Allah. Justeru, kajian ini mendapati teori Nūr Muhammad dalam perspektif Komuniti Abulung mengandungi konsep kefahaman, metode dan juga pengalaman kerohanian yang luar biasa. Rumusan yang lengkap tentang teori Nūr Muhammad ini sangat bermanfaat bagi masyarakat Muslim yang ingin menemui Tuhannya melalui jalan tasawuf. Hasil kajian ini pula boleh menjadi bahan maklumat bagi upaya mengurangkan keresahan di masyarakat yang mempertikaikan kesahihan fahaman Nūr Muhammad.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 379 |
Call Number: | BP188.8.I52K36 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487497 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120725+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.46 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.