Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487492
Title: | Persepsi barat tentang isu-isu keganasan dalam Islam |
Authors: | Mohammad Ridlwan Hambali (P26664) |
Supervisor: | Hashim Mehad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Terrorism-Religious aspects-Islam |
Issue Date: | 26-Aug-2013 |
Description: | Terorisme (keganasan) mempunyai sejarah sangat panjang, bermula sejak adanya kehidupan sosial itu sendiri. Namun, kebelakangan isu-isu keganasan hangat dibicarakan di serata dunia, khususnya di negara-negara Barat. Malangnya, kebanyakan isu keganasan selalu dihubungkaitkan dengan penganut agama Islam, bahkan juga dengan ajaran Islam itu sendiri seperti ajaran dan kefahaman tentang jihad. Islam sebagai agama yang membawa misi rahmatan li alc alamin (rahmat bagi seluruh alam) selalu dijadikan kambing hitam, terutamanya selepas peristiwa 11 September 2001, keganasan seakan identik dengan Islam. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis isu-isu keganasan, terutama keganasan yang dihubungkaitkan dengan Islam sebagaimana yang telah dituduhkan oleh Barat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keganasan mengikut perspektif Barat serta agenda politik mereka yang ingin menguasai negara-negara Timur, terutamanya negara-negara Islam dengan salah satu strateginya 'melabel' negara Islam sebagai negara penganjur keganasan yang layak untuk diserang dan diduduki. Dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan dan kajian lapangan, kajian ini telah meneroka beberapa hal berkaitan dengan terorisme; ciri-ciri dan pengertiannya yang dikaji dari kedua-dua perspektif iaitu Muslim dan Barat. Kajian ini juga meneroka perbezaan antara terorisme, tindak keganasan biasa dan perbezaannya dengan jihad. Selain itu, kajian ini juga meneroka motif-motif yang ada dalam gerakan terorisme, sama ada didasari motif agama (teologi), separatisme, liberalisme dan anarkisme. Asas ajaran terorisme dan jaringannya (networking) juga dikaji. Selain itu, dasar-dasar ajaran kedamaian dalam Islam sebagai landasan pemikiran juga dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keganasan boleh berlaku dari mana sahaja, tidak kira apa pun agama dan fahamannya. Kajian ini juga menunjukkan bahawa ada sebahagian kelompok masyarakat Islam yang mempunyai pemahaman terhadap ajaran Islam secara ekstrem dan radikal. Pemahaman itu telah membawa mereka kepada sikap ganas dan keras sebagai bentuk protes terhadap persekitaran yang mereka nilai tidak adil. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati tuduhan Barat yang mengatakan Islam mengajar keganasan adalah suatu kesilapan dan kajian ini mendapati Barat yang dipelopori oleh Amerika Syarikat banyak melakukan aksi-aksi yang bersifat keganasan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 422 |
Call Number: | BP190.5.T47M847 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487492 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120465+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 913.74 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.