Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487489
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ridzuan Awang,Prof. Madya
dc.contributor.authorMohd Shukri Jusoh (P32329)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:19Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:19Z-
dc.date.issued2012-05-24
dc.identifier.otherukmvital:120139
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487489-
dc.descriptionKajian ini cuba merungkai isu berkaitan pengurusan dan pembangunan harta wakaf di beberapa negeri di Malaysia dan Singapura. Objektif kajian ini antaranya ialah untuk menilai sejauhmana tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan harta wakaf di beberapa negeri di Malaysia dan Singapura serta menganalisis konsep dan pendekatan pembangunan harta wakaf di negeri-negeri tersebut. Metod kajian ini merujuk kepada penyelidikan kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan merupakan asas penting untuk mendapat maklumat-maklumat awal berkaitan dengan perjalanan pengurusan dan pentadbiran harta wakaf. Rujukan penting adalah terdiri daripada kitab-kitab fekah, undang-undang bertulis dan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah. Metod kajian lapangan adalah berdasarkan kepada soalselidik dan temubual dengan pihak-pihak yang terlibat dengan pentadbiran harta wakaf. Metod induktif, deduktif dan komparatif akan digunakan bagi menganalisisi data-data yang diperoleh daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan harta wakaf di Malaysia seperti ketiadaan data lengkap tanah-tanah wakaf, jumlah kakitangan yang tidak mencukupi, pegawai yang silih berganti dan sebagainya. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa terdapat masih banyak lagi tanah-tanah wakaf yang belum diletakhakkan kepada Majlis Agama Islam Negeri kesan daripada ketiadaan undang-undang yang tegas. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat begitu banyak tanah-tanah wakaf yang sudah didaftarkan kepada pihak Majlis namun masih lagi terbiar tanpa pembangunan yang sewajarnya, bahkan pembangunan yang dilakukan terlalu perlahan disebabkan faktor-faktor tertentu yang menghalang usaha pembangunan dilakukan dengan terancang. Keadaan ini berbeza dengan pembangunan tanah wakaf di Singapura yang mendapat pengiktirafan diperingkat dunia. Bagi merungkai permasalahan ini, beberapa cadangan dan saranan telah dikemukakan dalam kajian ini. Cadangan yang dikemukakan ini mampu membantu pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia dan juga pihak JAWHAR di peringkat Persekutuan bagi memantapkan pentadbiran harta wakaf di Malaysia seterusnya mampu menggerakkan pembanguan harta wakaf untuk kepentingan umat Islam,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectWaqf-Malaysia
dc.subjectCharitable uses
dc.subjecttrusts
dc.subjectand foundations (Islamic law)-Malaysia
dc.subjectCharitable uses
dc.subjecttrusts
dc.subjectand foundations (Islamic law)-Singapura
dc.titlePengurusan dan pembangunan harta wakaf di Malaysia dan Singapura :-kajian perbandingan
dc.typeTheses
dc.format.pages407
dc.identifier.callnoBP158.W26M848
dc.identifier.barcode002797(2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120139+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.