Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487487
Title: Jiwa dan akhlak menurut Al-Ghazali dan Fakhir Al-Din Al-Razi :-kajian analisa perbandingan
Authors: el-Bahloul Mohamed Hussein Salem (P48918)
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
al-Ghazzali
-1058-1111
al-Razi
Fakhr al-Din Muhammad ibn 'Umar
-1149 or 50-1210
Soul-Islam
Issue Date: 10-Nov-2012
Description: Kajian ini menonjolkan pemikiran al-Ghazali dan Fakhr al-Din al-Razi berkaitan dengan jiwa manusia dan akhlak Islam yang sederhana. Kajian ini bertujuan untuk menangani krisis keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam kerana terdapat beberapa aliran mazhab material yang menafikan kewujudan roh dan mereka menghubungkan akhlak dengan prinsip-prinsip, undang-undang dan adab-adab umum. Hal ini mengundang kepada keruntuhan akhlak dan penyelewengan masyarakat daripada nilai akhlak mulia, lebih-lebih lagi apabila terdapat aliran mazhab agama yang ekstrim dan segolongan yang lain memandang mudah dan menyeru kepada keruntuhan akhlak. Kajian ini adalah satu usaha untuk melahirkan masyarakat Islam yang berakhlak sederhana sebagaimana ajaran Islam. Kajian ini juga penting untuk mengetahui hubungan antara jiwa dan akhlak. Begitu juga kajian ini penting untuk mengetahui teknik pembentukan jiwa dan memperbaiki akhlak yang rosak menurut pandangan al-Ghazali dan al-Razi. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan ketulenan pemikiran dua ahli falsafah Islam ini serta sumbangan mereka dalam menjelaskan cara pembentukan jiwa dan pemulihan akhlak. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kebahagiaan jiwa dan kesudahannya selepas mati. Kajian ini mengunakan beberapa metode antaranya metode sejarah, metode analisis yang menganalisis teks kedua-dua ahli falsafah dan metode perbandingan iaitu dengan membuat perbandingan antara keduanya. Dapatan kajian ini menunjukan bahawa jiwa boleh dibentuk dan dibaiki dan pemikiran falsafah akhlak al-Ghazali dan al-Razi adalah tulen kerana ia bersumberkan al-Qur'an dan sunnah dan jiwa yang beriman dan berakhlak mulia akan hidup bahagia di dunia dan akhirat,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 309
Call Number: BP166.73.S237
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487487
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120137+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.