Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487481
Title: Pemikiran fiqh semasa Mahmud Yunus di Indonesia
Authors: Eficandra (P57908)
Supervisor: Mohd. Nasran Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Mahmud Yunus
Fiqh
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Feb-2019
Description: Peranan Mahmud Yunus amat terserlah dalam perkembangan dan pembaharuan Islam di Indonesia, tetapi beliau hanya popular sebagai tokoh pendidikan dan kurang popular sebagai tokoh dalam bidang fiqh. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti biografi dan latar belakang keintelektualan Mahmud Yunus, menjelaskan ruang lingkup kajian dan kandungan fiqh semasa Mahmud Yunus serta menganalisis pemikiran fiqh isu-isu semasa beliau, serta menganalisis kaedah istinbat hukum (usul fiqh) dalam menghasilkan pemikiran dan karya-karya fiqh semasa oleh Mahmud Yunus. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk biografi. Data utama diperolehi daripada dokumen (karya-karya fiqh) Mahmud Yunus. Manakala data sokongan terdiri daripada kitab-kitab fiqh dan usul fiqh klasik dan kontemporari, serta dokumen lain yang bersesuaian. Selain itu, data juga diperolehi daripada informan (keluarga dan murid-murid beliau) melalui temu bual mendalam kemudiannya ditranskripkan. Data yang diperoleh selanjutnya diinterpretasi dan dikelaskan mengikut objektif kajian. Melalui deskripsi data, semua data dianalisis dan dikarang menggunakan pendekatan naratif. Hasil kajian menunjukkan bahawa Mahmud Yunus ialah seorang tokoh dan ulama pembaharu Islam di Indonesia yang faham dengan fiqh dan kaedah istinbat hukumnya melalui ilmu usul fiqh. Hal ini amat didukung oleh latar belakang keintelektualan beliau yang dibentuk melalui guru-gurunya, manhaj yang ditempuh dalam mendalami ilmu syariah, serta interaksi dan aktiviti bersama dengan tokoh-tokoh 'Kaum Muda' Minangkabau. Ruang lingkup dan kandungan fiqh semasa Mahmud Yunus meliputi semua aspek kajian fiqh, iaitu; ibadat, perkahwinan, muamalat, jenayah, al-qada' dan faraid/harta pusaka. Adapun yang berkaitan dengan isu-isu semasa, Mahmud Yunus sentiasa mengambil berat tentang realiti hidup sebenar dan memberikan reaksi berkenaan pelbagai persoalan hidup tersebut. Hal ini secara tidak langsung turut mempengaruhi pembinaan dan perkembangan hukum Islam di Indonesia. Seterusnya, pendekatan dan penonjolan serta pengemukaan pemikiran dan kaedah istinbat hukum melalui ilmu usul fiqh amat penting bagi Mahmud Yunus sebagai asas dalam istinbat fiqh semasa di Indonesia. Beliau boleh dikatakan cukup piawai dalam kajian usul fiqh. Hampir semua metode usul fiqh yang popular di kalangan ulama usul digunapakai beliau dalam istinbat fiqhnya.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 308
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119193+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.