Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487479
Title: | Retorik partikel waw dalam al-Quran dan kesannya terhadap penterjemahan makna al-Quran ke dalam bahasa melayu |
Authors: | Mohd Khairudin Aman Razali (P20383) |
Supervisor: | Idris Abdullah, Prof. Dr. |
Keywords: | Waw (The Arabic letter) Qur'an -- Language style Arabic language -- Rhetoric Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-May-2011 |
Description: | Penterjemahan makna al-Quran ke dalam bahasa Melayu sangat penting bagi masyarakat Melayu memahami makna al-Quran yang tersurat dan tersirat. Usaha perterjemahan makna pula memerlukan pemerhatian mendalam terutama dari sudut retoriknya. Kajian ini meneliti retorik partikel Waw dalam al-Quran dan kesannya terhadap penterjemahan makna al-Quran ke dalam bahasa Melayu. Tumpuan kajian ialah pada sudut-sudut retorik partikel Waw yang menjadi penghubung antara perkataan dan ayat, pengaruhnya terhadap kefahaman makna al-Quran dan kesannya terhadap penterjemahan makna al-Quran ke dalam bahasa Melayu. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpul data kajian daripada sumbersumber primer dan sekunder daripada pelbagai disiplin ilmu Islam antaranya Balaghah, Nahu, Usul Fiqh, Hadis dan Tafsir. Seterusnya sekumpulan sampel terjemahan makna al-Quran ke dalam bahasa Melayu daripada Tafsir Pimpinan al- Rahman Kepada Pengertian Makna al-Quran oleh Abdullah Basmeih dan Tafsir Quran Karim oleh Mahmud Yunus r.h. diteliti untuk menilai sejauh mana retorik makna yang dihasilkan oleh partikel Waw dimanfaatkan dalam terjemahan. Kajian mendapati makna leksikal dan majazi partikel Waw apabila berada dalam struktur ayat memberi kesan yang besar terhadap kefahaman makna ayat-ayat al-Quran. Kajian juga mendapati partikel Waw mempunyai pengaruh yang besar dalam fenomena retorik taqdim wa ta'khir (dahuluan dan akhiran), fasl wa wasl (tautan dan ceraian) dan hadhf wa ithbat (pengguguran dan pengekalan) yang mempengaruhi kefahaman ayat. Oleh itu, kajian merumuskan para penterjemah al-Quran perlu meneliti secara mendalam retorik makna Waw ketika melakukan usaha terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Kajian juga mendapati kedua-dua penterjemah makna al-Quran ke dalam bahasa Melayu yang dijadikan sampel kajian ini kurang memberi perhatian terhadap kehadiran retorik partikel Waw yang memberi kesan terhadap ketepatan makna terjemahan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 328 |
Call Number: | PJ6148.M845 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114848+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 878.73 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.