Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487476
Title: Pendekatan kaunseling Islam bagi menangani pelajar kemurungan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
Authors: Mahnessa A. Kadir (P60362)
Supervisor: Zainab Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Counseling -- Religious aspects -- Islam
Depression in adolescence
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Feb-2018
Description: Kemurungan adalah salah satu gangguan mental yang dihadapi oleh seseorang yang berfikir secara salah atau tidak rasional. Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar. Fenomena kemurungan ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, berlaku pelanggaran disiplin, ponteng kelas, meniru dalam peperiksaan, keputusan pembelajaran kurang cemerlang dan berhenti pengajian. Bagi menangani pelajar kemurungan, pendekatan kaunseling Islam adalah satu keperluan yang boleh diterapkan dalam perkhidmatan kaunseling. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji profil demografi dan tahap kemurungan, mengkaji faktor dan simptom pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis pendekatan kaunseling yang diamalkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya di Politeknik serta menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Daripada 600 pelajar di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, kajian ini memilih seramai 160 pelajar sebagai responden dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kajian ini juga memilih seorang pegawai psikologi sebagai informan. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai, manakala data kualitatif yang diperoleh daripada temu bual tidak berstruktur dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai mengalami kemurungan dalam lingkungan usia antara18-21 tahun. Tahap kemurungan mereka didapati berada pada tahap rendah. Dari segi faktor, aspek utama yang menyebabkan pelajar kemurungan adalah suasana bising di dalam kelas yang mengganggu emosi dan kosentrasi pembelajaran. Manakala dari segi simptom, kajian ini menunjukkan pelajar kemurungan sering mengantuk. Hasil kajian ini juga menunjukkan perkhidmatan kaunseling yang diamalkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya di Politeknik adalah baik dan berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhan, pelajar di Politeknik Nilai meletak harapan yang tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling Islam bagi menangani kemurungan. Implikasi daripada pendekatan kaunseling Islam dapat membantu pelajar kemurungan dan mengurangkan pelanggaran disiplin di samping membantu pelajar menghadapi cabaran pembelajaran dengan cemerlang.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 220
Call Number: BP190.5.C64M336 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114190+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.