Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487474
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNoorsafuan Che Noh (P69829)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:12Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:12Z-
dc.date.issued2018-08-15-
dc.identifier.otherukmvital:114188-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487474-
dc.descriptionPerkembangan novel sejarah Islam menjadi fenomena lantaran penerimaan baik masyarakat Islam Malaysia terhadap karya-karya dihasilkan dalam pelbagai judul berlatarkan peristiwa dan tokoh sebenar sejarah Islam. Kajian dilakukan kerana novel sejarah Islam mendapat kritikan berkaitan kesahihan dan pencairan fakta, hadith mawduc dan kelemahannya yang serius ialah aspek kecerekaan atau fictionality yang melibatkan Rasulullah SAW. Rentetan daripada itu, novel ini ditarik balik dari pasaran dan pengarah urusan syarikat penerbitan menyeru supaya dibuat penelitian dan pemurnian semula terhadap novel ini. Objektif kajian adalah Menganalisis sejarah perkembangan penulisan novel sejarah Islam di Malaysia, membuktikan kesalahan fakta yang berlaku dalam penulisan novel sejarah Islam terpilih, menilai bentuk kesalahan yang berlaku dalam novel sejarah Islam dan membina kerangka atau prinsip penulisan novel sejarah Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan metode deduktif melalui pendekatan komparatif, metode pensejarahan dan metode kritikan sejarah. Dapatan kajian ini merumuskan terdapat enam bentuk kesalahan ketara dalam novel sejarah Islam yang dikaji iaitu, penggunaan hadith mawduc, rekaan fakta keterlaluan, pengaruh konteks budaya tempatan (Malaysia), anakronisme, sumber tidak berautoriti dan penekanan terhadap naratif supernatural (luar biasa). Daripada enam bentuk kesalahan, penggunaan hadith mawduc merupakan kesalahan paling besar kerana menyentuh sensitiviti Islam dan diancam dengan kesan yang besar iaitu bersedia tempatnya di neraka. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada novelis dan penerbit apabila novel sejarah Islam didapati mempunyai kesalahan perlu dibuat edisi semak dan dicetak semula demi menjaga Islam itu sendiri.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHistorical fiction -- History and criticism-
dc.subjectIslam -- History -- Fiction-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePemurnian fakta dalam novel sejarah Islam terpilih di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages249-
dc.identifier.callnoPN3441.N64 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004341(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114188+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.