Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487468
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorYusri Chek (P63821)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:10Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:10Z-
dc.date.issued2017-08-25-
dc.identifier.otherukmvital:111479-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487468-
dc.descriptionPenggunaan Qira'at berperanan penting dalam pendalilan hukum fiqh sekalipun ia berstatus Shadhdhah. Malah, pola penggunaannya adalah berkesinambungan dengan pola pemikiran imam mazhab fiqh. Lebih dari itu, penggunaan Qira'at Shadhdhah sebagai dalil, bukan sahaja menyentuh amalan-amalan sunat semata-mata bahkan juga amalan-amalan wajib. Ia juga bukan sekadar dalam bab ibadah, malah juga dalam bab-bab lain seperti munakahat, kaffarat dan jinayat. Kajian ini bertujuan menghuraikan latar belakang Qira'at Shadhdhah dan hubungannya dengan hukum fiqh. Ia juga mengkaji tentang pola penghujahan imam mazhab fiqh dan pola pendalilan Qira'at Shadhdhah dalam kalangan mereka. Kajian juga menganalisa pengaruh penggunaan Qira'at Shadhdhah sebagai dalil penetapan hukum dalam mazhab fiqh. Metodologi kajian ialah metode kualitatif. Pengumpulan data dilakukan dengan merujuk kitab-kitab utama dan muktabar dalam bidang fiqh, usul fiqh, Qira'at, tafsir dan lain-lain lagi. Data seterusnya dihurai secara deskriptif dan dianalisis berdasarkan kaedah istidlal, istinbat dan tarjih bagi menganalisis data-data berbentuk hukum fiqh. Analisis tematik juga digunakan dengan mengklasifikasikan hukum-hukum fiqh berkaitan kepada isu-isu tertentu serta menghimpunkannya dalam bab-bab fiqh berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa sekalipun Qira'at Shadhdhah tidak dianggap sebagai al-Quran, namun ia diharuskan untuk dipelajari secara teori. Malah, jumhur ulama mengharuskan untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak daripadanya kerana mereka meletakkannya setaraf dengan khabar ahad. Adapun kecenderungan imam mazhab empat fiqh dalam pendalilan Qira'at Shadhdhah adalah berkesinambungan dengan kecenderungan pola pemikiran mereka dalam penghujahan hukum. Kajian juga mendapati terdapat 13 isu-isu fiqh berkaitan penggunaan Qira'at Shadhdhah yang terangkum di dalam 4 bab fiqh berkaitan iaitu ibadat, munakahat, kaffarat dan jinayat. Terdapat 1 isu yang mana kesemua imam mazhab empat fiqh sepakat menggunakan Qira'at Shadhdhah sebagai dalil, manakala 2 isu lagi yang mana kesemua mereka tidak berhujah dengannya. Implikasi kajian ini mencadangkan agar Qira'at Shadhdhah dijadikan sumber dalil dan penguat kepada dalil-dalil Ijma' dalam penghujahan sesuatu hukum khususnya bagi institusi-institusi fatwa, Jabatan Agama Islam dan selainnya. Malah ia berupaya menjadi rujukan dan panduan tambahan kepada pengkaji-pengkaji. Kajian juga mencadangkan kepada kajian akan datang dari aspek yang berbeza sepertipengaruh Qira'at Shadhdhah terhadap aspek ijaz al-Quran, tawjih al-Qira'at, tatabahasa Arab dan sebagainya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Readings-
dc.subjectIslamic law -- Interpretation and construction-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengaruh Qira'at Shadhdhah dalam pendalilan imam mazhab fiqh-
dc.typeTheses-
dc.format.pages244-
dc.identifier.callnoBP131.5.Y848 2017 tesis-
dc.identifier.barcode004213(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111479+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.