Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487463
Title: | Fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti dalam sistem kehakiman di Malaysia |
Authors: | Mohd Kamel Mat Salleh (P68635) |
Supervisor: | Mohd. Al-Adib Samuri, Dr. |
Keywords: | Fatwas -- Malaysia Islamic law -- Malaysia -- Sources Muslim scholars -- Malaysia Islamic law -- Interpretation and construction Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Feb-2018 |
Description: | Perbahasan mengenai fatwa sejauh mana ia berautoriti dan mengikat mahkamah adalah satu skop perbincangan yang menarik untuk diperdebatkan. Peruntukan undang-undang sekadar menyatakan bahawa fatwa hendaklah diiktiraf oleh mahkamah, tetapi dalam masa yang sama, tiada pernyataan yang jelas bahawa ia wajar diterima dan menjadi autoriti di mahkamah. Kesannya, fatwa hanya menjadi rujukan dan berautoriti dalam beberapa kes yang relevan, pada ketika yang perlu sahaja. Kajian ini ingin menilai kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai rujukan dan autoriti kepada para hakim dalam kes peradilan di mahkamah Syariah dan sivil Malaysia. Ia bertujuan untuk mengisi ruang kosong kelompangan peruntukan undang undang berkaitan fatwa dan pendapat mufti yang boleh dikemukakan kepada pihak berwajib bagi meletakkan fatwa sebagai sumber perundangan yang berkredibiliti dan berautoriti. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan instrumen temu bual mendalam separa struktur yang melibatkan sepuluh orang pakar undang-undang Syariah dan sivil bagi mendapatkan perspektif mereka berkaitan autoriti dan penggunaan fatwa di mahkamah Syariah dan sivil. Berdasarkan kepada analisis kes dan temubual menunjukkan bahawa keautoritian fatwa sebagai rujukan mahkamah tidak didasarkan kepada peruntukan undang-undang yang jelas dan hakim mempunyai kebebasan sama ada untuk merujuk atau mengenepikan fatwa dalam kes yang dibicarakan. Kesannya, ada perbicaraan yang merujuk kepada fatwa Negeri, sedang dalam kes yang lain pula, ada yang merujuk kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan walaupun tidak diwartakan di peringkat negeri. Terdapat juga fatwa negeri yang dirujuk oleh hakim mahkamah Syariah negeri lain sedangkan fatwa dari sudut pewartaannya hanya mengikat orang Islam dalam negeri yang mewartakannya sahaja. Oleh itu, penambahbaikan dalam bentuk reformasi perundangan wajar dikemukakan, disusun dan digubal bagi merealisasikan kedudukan fatwa dan pendapat mufti yang berwibawa, serta menjadi rujukan mahkamah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 403 |
Call Number: | BP158.F3M55 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107111+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 16.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.