Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487454
Title: Pembinaan modul kerohanian berasaskan al-Muḥāsibī dalam merawat al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak
Authors: Norfadilah Abdul Rahman (P59524)
Supervisor: Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kerohanian
Akhlak
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2018
Description: Kajian ini membincangkan tentang pembinaan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muḥāsibī dalam Merawat al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak. Ia mempunyai empat objektif iaitu mengenalpasti keperluan terhadap pembinaan modul kerohanian bagi merawat al-Nafs dalam kalangan remaja di Pusat Pemulihan Akhlak, menganalisis pemikiran tasawuf al-Muḥāsibī dalam merawat al-Nafs sebagai asas pembinaan modul kerohanian untuk remaja, mengemukakan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muḥāsibī dalam merawat al-Nafs dan menilai kesahan dan kebolehpercayaan modul kerohanian dalam merawat al-Nafs berdasarkan pemikiran al-Muḥāsibī. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian campuran secara penerokaan meliputi teknik temubual separuh struktur dan analisis kandungan melalui kajian kepustakaan. Kajian kesahan pakar dan kebolehpercayaan modul juga telah dilaksanakan. Peserta temubual terdiri daripada empat orang tenaga pengajar dan dua puluh tujuh orang pelatih PPA. Metode kepustakaan pula dengan menganalisis karangan al-Muḥāsibī seperti al-Ri'āyah Li Huquq Allah, Risālah al-Mustarshidin, 'Adāb al-Nufus, al-Wasāyā dan lain-lain. Proses kesahan kandungan adalah melibatkan lima orang panel pakar yang mempunyai bidang kepakaran, pengalaman dan kesesuaian dengan modul yang dibina. Manakala proses kebolehpercayaan modul telah melibatkan tiga puluh orang pelatih PPA yang telah mengikuti semua aktiviti dalam modul kerohanian al-Muḥāsibī. Dapatan daripada temubual tenaga pengajar dan pelatih PPA menunjukkan bahawa terdapat keperluan mengadakan modul keagamaan khusus kerohanian yang bersifat komprehensif dalam usaha membina peribadi pelatih yang berilmu, berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah. Dapatan analisis kandungan model al-Muḥāsibī dalam merawat al-Nafs yang menjadi asas teori pembinaan modul adalah menghasilkan enam konstruk utama iaitu mengenal hakikat diri insan, mengenal al-Nafs insan, menghilangkan sifat mazmumah al-Nafs, menerapkan sifat mahmudah al-Nafs, kesihatan al-Nafs secara bertahap melalui al-Maqamat dan pengukuhan al-Nafs suci. Hasil kesahan pakar kandungan modul mendapati aktiviti dan kandungan modul kerohanian berasaskan al-Muḥāsibī adalah sesuai digunakan kepada kumpulan sasaran. Bacaan nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan modul ini adalah tinggi iaitu alpha cronbach 0.878. Hal ini menunjukkan bahawa modul ini boleh digunakan sebagai modul bimbingan. Kajian ini menyimpulkan bahawa satu modul bimbingan melalui pendekatan tasawuf yang komprehensif boleh dijadikan panduan kepada kaunselor dan guru pembimbing dalam merancang aktiviti-aktiviti bimbingan pelatih.,Ph.D.
Pages: 367
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105388+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
25.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.