Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487451
Title: Aplikasi dakwah guru novis Pendidikan Islam dalam meningkatkan kecerdasan rohani murid
Authors: Rosidah Jemain (P61397)
Supervisor: Zainab Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Teaching -- Religious aspects -- Islam
Da'wah (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-May-2017
Description: Perlaksanaan dakwah yang berkesan sehingga melahirkan kecerdasan rohani yang tinggi dalam kalangan murid adalah satu tugas besar guru Pendidikan Islam. Namun, keupayaan melaksanakan tugas dakwah dalam kalangan guru Pendidikan Islam masih perlu ditingkatkan. Isu-isu keruntuhan akhlak dalam masyarakat dijadikan indikasi kelemahan guru-guru Pendidikan Islam melaksanakan dakwah dengan berkesan. Oleh kerana itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep aplikasi dakwah di dalam bilik darjah untuk meningkatkan kecerdasan rohani murid dalam kalangan guru novis Pendidikan Islam; mengenal pasti aplikasi dakwah di dalam bilik darjah yang dilakukan oleh guru novis Pendidikan Islam untuk meningkatkan kecerdasan rohani murid; mengkategorikan ciri-ciri dakwah di dalam bilik darjah yang dapat meningkatkan kecerdasan rohani murid; mengklasifikasikan elemen-elemen dakwah untuk meningkatkan kecerdasan rohani murid; dan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh guru novis Pendidikan Islam dalam meningkatkan kecerdasan rohani murid dan cadangan untuk mengatasinya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualiatif. Berdasarkan ketepuan analisis data, seramai tujuh orang guru novis Pendidikan Islam dipilih sebagai peserta kajian. Mereka dipilih secara bertujuan berasaskan pencapaian terbaik mengikut kohort pengambilan. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Manakala analisis data dilakukan dengan menggunakan pendekatan analisis tematik melalui perisian komputer Nvivo 10. Hasil kajian menunjukkan terdapat pola aplikasi dakwah dalam kalangan guru novis Pendidikan Islam yang menjadi asas kepada perlaksanaan dakwah yang lebih sistematik. Pola aplikasi dakwah yang dilakukan oleh guru novis Pendidikan Islam iaitu pola mengikut situasi, pola dirancang awal, pola spontan, dan pola yang dirangsang oleh buku teks. Kajian juga mendapati untuk meningkatkan kecerdasan rohani murid dakwah yang dilakukan oleh guru novis Pendidikan Islam mesti mempunyai elemen ketuhanan atau kerohanian, elemen pemerhatian malaikat dan ancaman syaitan, elemen ganjaran dan balasan, elemen perpindahan kematian dan elemen akhiran akhirat yang kekal abadi. Manakala cabaran dari sudut pengetahuan adalah cabaran utama guru novis Pendidikan Islam sebagai seorang pendakwah yang berkesan. Secara keseluruhan, kajian aplikasi dakwah guru novis Pendidikan Islam dalam meningkatkan kecerdasan rohani murid ini telah memberi implikasi kepada pendidikan guru terutama guru pendidikan Islam yang perlu menekankan tentang kurikulum dan metodologi dakwah.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 305
Call Number: LC903.R63 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104702+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.